Skip to main content

Risiko Root Telefon Android


Bismillah. 

Baru-baru ini saya berpeluang untuk menggunakan telefon pintar berjenama Samsung. samsung memang terkenal dengan rekaan terkini dan desain telefon yang lain dari yang lain. Baru-baru ini mereka juga telah memperkenalkan telefon terbaharu Galaxy Note 7.

Ada banyak ulasan tentang produk terbaru tersebut. Jadi tidak perlu diulas panjang apa kelebihan dan kelemahannya di sini. 

Saya seorang peminat gajet. Namun tidaklah sampai ingin membeli telefon terbaharu setiap kali keluar di pasaran. Saya suka mengambil tahu tentang teknologi terkini dan perkara yang berkaitan dengan teknikal.

Disebabkan kesukaan tersebut, saya telah menggodek-godek telefon samsung yang ada di tangan. Perkara yang selalu dilakukan oleh pengguna android adalah 'root' peranti mereka. Dalam sistem ios milik apple ia dipanggil 'jailbreak'. 



Risiko

Kerana minat untuk mengetahui apa yang dimaksudkan dengan root, maka saya membuat sedikit kajian di google dan youtube. Alhamdulillah, zaman teknologi ini telah memudahkan segalanya. Saya terus melakukan eksperimen ke atas peranti yang ada. 

Ada satu aplikasi di dalam google play store yang membolehkan kita memindahkan apps ke dalam Sd Card. Namun perlu dibuat partition ke dua terlebih dahulu. 

Kerana ingin mencuba mengambil risiko, saya telah menggunakan software yang sudah di download dan mencuba ke atas telefon. 

Percubaan untuk root berjaya. Namun percubaan untuk melakukan partition telah gagal. 

Gagal banyak kali dan saya telah melakukan format sehinggakan tidak berjaya sepenuhnya. 

Punca kerosakan Sd Card

Sd Card adalah sensitif. Jika terlalu memaksa memformatnya, ia boleh rosak. Jadi pengajarannya, jangan terlalu memaksa dan berhati-hati ketika melakukan proses tersebut. Nika tidak, wang di dalam poket anda boleh melayang dengan serta merta. 

Ada satu lagi punca kerosakan sd card. Iaitu mendownload sofware ke dalam telefon dengan software yang bukan dari google play. Ia mengandungi risiko yang cukup tinggi untuk merosakkan sd card anda. 


Kesimpulan

Setiap perkara yang kita lakukan mengandungi risiko. Namun jika kita tidak mengambil risiko, kita tidak akan belajar sesuatu yang baharu. Kita tidak akan tahu cara untuk membetulkan telefon jika ianya mengalami masalah.

Bergantung kepada tahap keyakinan seseorang. Jika anda berkemampuan dan mempunyai minat yang tinggi, anda boleh mencuba. 

Jika anda tidak mahu pening kepala, maka gunakan sahaja apa yang ada di tangan anda tanpa perlu pening-pening kepala.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Install Printer Menggunakan Manjaro Linux

Bismillah. Alhamudlillah. Sejak kebelakangan ini, saya agak sibuk menguruskan perniagaan. Jadi tidak berkesempatan untuk melakukan update di blog faizalehsan. Saya juga telah beralih kepada window 10 semula kerana ada beberapa perkara terutamanya berkaitan dengan desain yang tidak dapat saya jayakan dengan menggunakan sistem operasi linux. Namun begitu, dalam minggu lepas, saya cuba-cuba melihat kembali kepada berita-berita sistem linux yang tersiar di blog teknologi dan sebagainya. Dan saya dapati, ada pembaharuan terutamanya berkaitan dengan ubuntu dan Os yang lainnya. Jadi saya download dan mencuba OS ubuntu terbaru tersebut untuk beberapa ketika. Memang ada penambah baikan dari pelbagai aspek. Namun sebenarnya saya lebih tertarik dengan OS Manjaro. Manjaro Linux Manjaro adalah salah satu OS yang semakin meningkat naik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang OS ini, anda boleh klik di sini.   Apa yang membuatkan saya tertarik ialah, Os ini ringan dengan Pc saya dan

Berani mengambil risiko

Bismillah. Alhamdulillah.  Berani mengambil risiko adalah permulaan kepada sesuatu kejayaan. Dalam konteks perniagaan ada banyak risiko yang perlu dihadapi oleh seseorang usahawan. Samada risiko berjaya atau tidak sesuatu produk, risiko gagal dalam perniagaan, risiko akan dikenakan tindakan undang-undang dan sebagainya. Namun apalah gunanya jika hidup tanpa risiko. Tiada cabaran. Itu bermakna kita sudah selesa dan hidup dalam keadaan yang tenteram tanpa gangguan.  Namun Allah s.w.t. Tidak akan membiarkan hambanya duduk dan rileks sahaja. Pastinya Allah akan memberikan kita ujian-ujian supaya kita tidak terus berada di dalam zon selesa dan terima seadanya apa yang berlaku di sekeliling kita.  Begitulah serba sedikit tentang risiko yang ingin saya kongsikan bersama anda. Ada banyak lagi jika ingin dihuraikan tentang risiko yang perlu diambil untuk berjaya dalam kehidupan.  Berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.  P.s: Sekiranya anda mempunyai pendapat untuk dikongsikan, boleh kongs

Nikmat Kesihatan yang sering dilupakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nikmat sihat memang sering kita lupakan. Atau mungkin lebih teruk lagi, kita langsung tak teringat pun akan kepentingan kesihatan tubuh badan kita. Kita hanya memikirkan tentang mencari harta dunia dan juga keseronokan duniawi yang sering membawa kelekaan kepada diri kita sebenarnya. Jika anda mahu merasakan betapa bertuahnya badan anda yang sihat itu, salah satu cara adalah dengan pergi ke masjid. Berjemaah di sana. Di dalam masjid, akan ada mereka yang akan datang dengan berkerusi roda, dengan tongkat dan sebagainya. Jika kita makhluk yang mahu berfikir, kita akan dapat merasai betapa seksanya mereka ini ingin melakukan amal ibadah. Tidakkah kita terfikir? Alhamdulillah, sempat juga saya berjemaah di masjid. Dan kebetulan seorang tua yang memakai tongkat solat di sebelah saya. Betapa rasa bertuahnya mempunyai badan yang sihat dan dapat melakukan amal ibadah dengan senang. Syukur ke hadrat Allah. Orang tua tersebut dengan susah payah mahu d