Skip to main content

Cara Install Printer Menggunakan Manjaro Linux



Bismillah. Alhamudlillah.

Sejak kebelakangan ini, saya agak sibuk menguruskan perniagaan. Jadi tidak berkesempatan untuk melakukan update di blog faizalehsan.

Saya juga telah beralih kepada window 10 semula kerana ada beberapa perkara terutamanya berkaitan dengan desain yang tidak dapat saya jayakan dengan menggunakan sistem operasi linux.

Namun begitu, dalam minggu lepas, saya cuba-cuba melihat kembali kepada berita-berita sistem linux yang tersiar di blog teknologi dan sebagainya. Dan saya dapati, ada pembaharuan terutamanya berkaitan dengan ubuntu dan Os yang lainnya.

Jadi saya download dan mencuba OS ubuntu terbaru tersebut untuk beberapa ketika. Memang ada penambah baikan dari pelbagai aspek. Namun sebenarnya saya lebih tertarik dengan OS Manjaro.

Manjaro Linux


Manjaro adalah salah satu OS yang semakin meningkat naik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang OS ini, anda boleh klik di sini. 

Apa yang membuatkan saya tertarik ialah, Os ini ringan dengan Pc saya dan memudahkan saya melakukan kerja harian. Tidak terlalu kompleks untuk dipelajari. Dan mempunyai pelbagai software yang PERCUMA untuk di pasang pada Pc.

Cumanya, ada sedikit masalah dengan Printer. Saya menghadapi masalah untuk install printer saya dengan Os Manjaro ini. Ini adalah kerana, Os ini tidak seperti ubuntu yang popular di pasaran dan mempunyai pembangun untuk software anda berjalan dengan menggunakan sistem ubuntu.

Solusinya


Akhirnya saya telah mendapat solusinya.

Dengan melihat di youtube dan google, akhirnya saya dapat menggunakan printer saya dengan baik. Namun dari segi setting ada beberapa perubahan. Tetapi yang penting bagi saya adalah saya dapat mencetak menggunakan printer tersebut.

Di sini saya ingin kongsikan dengan anda bagaimana menggunakan OS ini untuk install software printer. Printer yangs saya gunakan adalah Epson L1300.


Anda boleh ikuti atau copy sahaja command line ini di terminal anda. Ikuti langkah berikut:

ISTALL PRINTER EPSON L1300 Distributions derivates to Arch - Manjaro

$ sudo su # pacman -S cups libcups

// splix: drivers for Samsung
// hplip: drivers for HP/
// gutenprint: drivers for Canon, Epson, Lexmark, Sony y Olympus
// cups-pdf: drivers for printer PDF

# pacman -S gutenprint

OPEN YOUR BROWSER AND GO TO http://localhost:631/ 1.

CLIC: Adding Printers and Classes

1. User Name: root ; Password: "masukkan nama dan pasword"

2. Search your printer and select.

3. Select his driver of the list.

4. Config faster

5. Ready

Alhamdulillah, dengan mengkuti arahan tersebut, saya telah berjaya menggunakan printer epson saya.

Sebelum ini saya buntuk kerana tidak tahu bagaimana cara untuk install printer dengan menggunakan Manjaro linux. Ia juga adalah salah satu sebab mengapa saya bertukar semula kepada ubuntu atau windows 10.

Saya menggunakan kedua-dua Os dalam Pc saya kerana saya sukakan kelebihan Linux dan Windows. Namun begitu, dalam kebanyakan masa saya menggunakan Pc, saya lebih banyak  menggunakan sistem operasi linux.

Sekian perkongsian kali ini. Jika anda rasa bermanfaat, mohon kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.

Jumpa lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Berani mengambil risiko

Bismillah. Alhamdulillah.  Berani mengambil risiko adalah permulaan kepada sesuatu kejayaan. Dalam konteks perniagaan ada banyak risiko yang perlu dihadapi oleh seseorang usahawan. Samada risiko berjaya atau tidak sesuatu produk, risiko gagal dalam perniagaan, risiko akan dikenakan tindakan undang-undang dan sebagainya. Namun apalah gunanya jika hidup tanpa risiko. Tiada cabaran. Itu bermakna kita sudah selesa dan hidup dalam keadaan yang tenteram tanpa gangguan.  Namun Allah s.w.t. Tidak akan membiarkan hambanya duduk dan rileks sahaja. Pastinya Allah akan memberikan kita ujian-ujian supaya kita tidak terus berada di dalam zon selesa dan terima seadanya apa yang berlaku di sekeliling kita.  Begitulah serba sedikit tentang risiko yang ingin saya kongsikan bersama anda. Ada banyak lagi jika ingin dihuraikan tentang risiko yang perlu diambil untuk berjaya dalam kehidupan.  Berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.  P.s: Sekiranya anda mempunyai pendapat untuk dikongsikan, boleh kongs

Nikmat Kesihatan yang sering dilupakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nikmat sihat memang sering kita lupakan. Atau mungkin lebih teruk lagi, kita langsung tak teringat pun akan kepentingan kesihatan tubuh badan kita. Kita hanya memikirkan tentang mencari harta dunia dan juga keseronokan duniawi yang sering membawa kelekaan kepada diri kita sebenarnya. Jika anda mahu merasakan betapa bertuahnya badan anda yang sihat itu, salah satu cara adalah dengan pergi ke masjid. Berjemaah di sana. Di dalam masjid, akan ada mereka yang akan datang dengan berkerusi roda, dengan tongkat dan sebagainya. Jika kita makhluk yang mahu berfikir, kita akan dapat merasai betapa seksanya mereka ini ingin melakukan amal ibadah. Tidakkah kita terfikir? Alhamdulillah, sempat juga saya berjemaah di masjid. Dan kebetulan seorang tua yang memakai tongkat solat di sebelah saya. Betapa rasa bertuahnya mempunyai badan yang sihat dan dapat melakukan amal ibadah dengan senang. Syukur ke hadrat Allah. Orang tua tersebut dengan susah payah mahu d