Skip to main content

Perkara Yang Membangkitkan Semangat



Bismillah. Alhamdulillah.

Sejak dua tiga minggu ini banyak perkara yang bermain difikiran. Terutamanya bagaimana cara untuk buat duit dan tambah duit ke dalam akaun. Selain itu, duit yang masuk mestilah konsisten atau berlaku peningkatan setiap bulan. 

Alhamdulillah, ilham yang datang daripada Allah s.w.t. Telah membuatkan saya berfikir untuk melakukan satu lagi cabang perniagaan yang baharu. Perniagaan ini bukanlah sesuatu yang asing buat kita, tetapi memang sudah lama bertapak dan boleh menghasilkan pulangan yang lumayan insyaAllah. 

Saya masih dalam proses mengenali perniagaan ini. Masih mengkaji ruang dan peluang untuk melakukannya dalam skal kecil dan akan kembangkannya kepada yang lebih besar akan datang insyaAllah. Dalam proses ini, saya mula mendapat semula kekuatan dan semangat untuk melakukannya.

Betullah kata usahawan-usahawan yang berjaya. Setiap hari, kita kena lakukan sesuatu yang baharu malah kena lakukan dengan lebih baik daripada semalam. Jika semalam kita tidur lewat pukul 11, tetapi hari ini kita boleh tidur lebih awal iaitu pukul 10.30 malam. 

Saya selalu ingatkan diri sendiri yang kita ini bukan bersaing dengan pesaing di luar sana. Bukan juga dengan mereka yang kaya raya dan hebat. Tetapi setiap hari kita bersaing dengan diri sendiri. Iaitu menjadi manusia yang lebih baik daripada semalam. 

InsyaAllah bila sudah dapat bahan kajian saya nanti, saya akan mulakan perniagaan yang saya panggil sebagai startup mengikut istilah saya sendiri tidak lama lagi. Saya mohon doa anda agar perniagaan kali ini akan melonjakkan keuntungan dan juga membolahkan saya membayar segala hutang piutang dan juga membantu golongan yang memerlukan akan datang. 

Fokus dan jalan terus. 


P.s: Saya juga ada mengeluarkan produk pucuk tauhu kering campuran. Mengandungi soh-hoon, cendawan kering dan juga tauhu kering. Anda boleh klik www.cahayamentarimarketing.com untuk maklumat lanjut.  

Comments

Popular posts from this blog

Cara Install Printer Menggunakan Manjaro Linux

Bismillah. Alhamudlillah. Sejak kebelakangan ini, saya agak sibuk menguruskan perniagaan. Jadi tidak berkesempatan untuk melakukan update di blog faizalehsan. Saya juga telah beralih kepada window 10 semula kerana ada beberapa perkara terutamanya berkaitan dengan desain yang tidak dapat saya jayakan dengan menggunakan sistem operasi linux. Namun begitu, dalam minggu lepas, saya cuba-cuba melihat kembali kepada berita-berita sistem linux yang tersiar di blog teknologi dan sebagainya. Dan saya dapati, ada pembaharuan terutamanya berkaitan dengan ubuntu dan Os yang lainnya. Jadi saya download dan mencuba OS ubuntu terbaru tersebut untuk beberapa ketika. Memang ada penambah baikan dari pelbagai aspek. Namun sebenarnya saya lebih tertarik dengan OS Manjaro. Manjaro Linux Manjaro adalah salah satu OS yang semakin meningkat naik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang OS ini, anda boleh klik di sini.   Apa yang membuatkan saya tertarik ialah, Os ini ringan dengan Pc saya dan

Berani mengambil risiko

Bismillah. Alhamdulillah.  Berani mengambil risiko adalah permulaan kepada sesuatu kejayaan. Dalam konteks perniagaan ada banyak risiko yang perlu dihadapi oleh seseorang usahawan. Samada risiko berjaya atau tidak sesuatu produk, risiko gagal dalam perniagaan, risiko akan dikenakan tindakan undang-undang dan sebagainya. Namun apalah gunanya jika hidup tanpa risiko. Tiada cabaran. Itu bermakna kita sudah selesa dan hidup dalam keadaan yang tenteram tanpa gangguan.  Namun Allah s.w.t. Tidak akan membiarkan hambanya duduk dan rileks sahaja. Pastinya Allah akan memberikan kita ujian-ujian supaya kita tidak terus berada di dalam zon selesa dan terima seadanya apa yang berlaku di sekeliling kita.  Begitulah serba sedikit tentang risiko yang ingin saya kongsikan bersama anda. Ada banyak lagi jika ingin dihuraikan tentang risiko yang perlu diambil untuk berjaya dalam kehidupan.  Berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.  P.s: Sekiranya anda mempunyai pendapat untuk dikongsikan, boleh kongs

Nikmat Kesihatan yang sering dilupakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nikmat sihat memang sering kita lupakan. Atau mungkin lebih teruk lagi, kita langsung tak teringat pun akan kepentingan kesihatan tubuh badan kita. Kita hanya memikirkan tentang mencari harta dunia dan juga keseronokan duniawi yang sering membawa kelekaan kepada diri kita sebenarnya. Jika anda mahu merasakan betapa bertuahnya badan anda yang sihat itu, salah satu cara adalah dengan pergi ke masjid. Berjemaah di sana. Di dalam masjid, akan ada mereka yang akan datang dengan berkerusi roda, dengan tongkat dan sebagainya. Jika kita makhluk yang mahu berfikir, kita akan dapat merasai betapa seksanya mereka ini ingin melakukan amal ibadah. Tidakkah kita terfikir? Alhamdulillah, sempat juga saya berjemaah di masjid. Dan kebetulan seorang tua yang memakai tongkat solat di sebelah saya. Betapa rasa bertuahnya mempunyai badan yang sihat dan dapat melakukan amal ibadah dengan senang. Syukur ke hadrat Allah. Orang tua tersebut dengan susah payah mahu d