Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018
Bismillah. Alhamdulillah. Wow! Diam tak diam, kita sidah sampai ke penghujung 2018. Begitu cepat rasanya masa berlalu. Begitu banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun ini. Ekonomi yang tidak menentu, membuatkan kebanyakan orang yang bekerja makan gaji juga turut memulakan perniagaan. Ini adalah langkah yang baik untuk menambah pendapatan yang sedia ada. Walaubagaimanapun, ini juga menimbulkan persaingan yang banyak. Adat resam berniaga. Persaingan adalah suatu yang biasa. Saya ingin memulakan langkah baru dengan kehadiran tahun baru 2019 akan datang insyaallah. Berusaha memberikan yang terbaik kepada pelanggan dan menambah baik produk dan servis yang sedia ada. Saya tahu, tahun mendatang akan lebih besar cabarannya kepada peniaga. Namun itu tidak boleh kita jadikan sebagai perkara yang boleh membantutkan semangat kita. Kita ada usaha. Kita ada Allah s.w.t. tempat kita mengadu segala hal. InsyaAllah kehidupan yang di pandu dengan iman dan akhlak yang baik, akan mem

Pengalaman Menggunakan UBUNTU 18.04

Ubuntu 18.04 Bismillah. Alhamdulillah. Sebelum ini saya menggunakan manjaro sebagai OS untuk sistem Pc saya. Namun saya berasa agak sukar kerana tidak ramai yang menggunakan manjaro linux. Anda perlu rujuk forum dan lihat masalah anda di situ untuk diselesaikan. Jika anda google tentang ubuntu, insyaAllah banyak result yang keluar berkaitan dengan ubuntu. Hal ini adalah kerana, ramai dikalangan pengguna tertutama di amerika syarikat menggunakan sistem operasi ini. Sistem ini popular dan ramai yang menggunakannya. Sebab itu anda lebih mudah untuk mencari solusi jika ada masalah berkaitan sistem operasi yang anda gunakan ini. Saya tidak akan bercerita lanjut tentang kelebihan ubuntu. Ada banyak di internet yang anda boleh lihat dan tonton di youtube tentang kelebihan dan kelemahan setiap sistem operasi linux yang ditawarkan. Cadangan saya, gunakan dan cuba setiap sistem (jika anda ada banyak masa) dan pilih yang bersesuaian dengan hati anda. Namun begitu, ada satu masalah

Ada Berapa Pilihan Environment Manjaro?

Bimillah. Alhamdulillah. Buat masa ini, saya masih menggunakan KDE untuk desktops saya. Sebelum ini saya menggunakan XFCE. Namun saya lebih tertarik dengan KDE kerana menggunakan plasma. Bagi yang masih baru, mesti anda tercari-cari, manakah environment terbaik untuk desktop anda. Tidak mengapa, kerana itu adalah biasa bagi mereka yang baru mengenali linux. Anda perlu cuba satu-satu(jika ada masa) supaya anda tahu apa yang anda cari dan perlukan berdasarkan sistem yang ada. Kali ini saya ingin berkongsi, environment rasmi yang ada pada manjaro linux. Ada tiga kesemuanya. 1. Manjaro XFCE Edition Ini adalah enviro rasmi untuk manjaro linux. Ianya rigan untuk sistem anda. Dan terdapat banyak aplikasi yang sedia terpasang pada sistem ini.Jadi anda tidak perlu pening-pening mencari sotfware untuk install mana yang yang perlu dan tidak perlu dalam os. 2. Manjaro KDE Edition Ini adalah apa yang saya gunakan sekarang. Alhamdulillah, saya berpuas hari buat masa ini. Ianya ag

Cara Install Printer Menggunakan Manjaro Linux

Bismillah. Alhamudlillah. Sejak kebelakangan ini, saya agak sibuk menguruskan perniagaan. Jadi tidak berkesempatan untuk melakukan update di blog faizalehsan. Saya juga telah beralih kepada window 10 semula kerana ada beberapa perkara terutamanya berkaitan dengan desain yang tidak dapat saya jayakan dengan menggunakan sistem operasi linux. Namun begitu, dalam minggu lepas, saya cuba-cuba melihat kembali kepada berita-berita sistem linux yang tersiar di blog teknologi dan sebagainya. Dan saya dapati, ada pembaharuan terutamanya berkaitan dengan ubuntu dan Os yang lainnya. Jadi saya download dan mencuba OS ubuntu terbaru tersebut untuk beberapa ketika. Memang ada penambah baikan dari pelbagai aspek. Namun sebenarnya saya lebih tertarik dengan OS Manjaro. Manjaro Linux Manjaro adalah salah satu OS yang semakin meningkat naik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang OS ini, anda boleh klik di sini.   Apa yang membuatkan saya tertarik ialah, Os ini ringan dengan Pc saya dan

Berjinak-Jinak Dengan Sistem Operasi Linux

Bismillah. Sudah terlalu lama rasanya saya tidak update apa-apa di blog ini. Seperti biasa, kesuntukan masa dengan pelbagai aktiviti telah membuatkan blog kembali bersarang untuk kesekian kalinya. Menjadi suami kepada dua orang anak kecil memang tidak mudah. Banyak cabaran perlu dihadapi dan kesabaran yang tinggi amatlah dituntut. Dalam beberapa minggu ini, saya telah mula mencuba sesuatu yang baharu. Iaitu mengkaji dan memasang (install) system operasi Linux di computer saya. Pada mulanya, ianya hanyalah sekadar untuk mencuba sesuatu yang baru dan selain itu untuk mencabar diri menggunakan sesuatu yang lain dari yang lain. Sistem operasi ini dikatakan bebas virus( 95%) dan tidak mudah untuk dijangkiti oleh maleware. Perasaan teruja menggunakan sesuatu yang baru memang tidak dapat dinafikan. Sanggup saya menunggu dan mengkaji sehingga berjam-jam lamanya untuk menilai dan menggunakan sendiri pelbagai jenis flavor Linux yang ada di pasaran. Dan untuk pengetahuan anda, ian