Skip to main content

Berjinak-Jinak Dengan Sistem Operasi Linux


Bismillah.

Sudah terlalu lama rasanya saya tidak update apa-apa di blog ini. Seperti biasa, kesuntukan masa dengan pelbagai aktiviti telah membuatkan blog kembali bersarang untuk kesekian kalinya. Menjadi suami kepada dua orang anak kecil memang tidak mudah. Banyak cabaran perlu dihadapi dan kesabaran yang tinggi amatlah dituntut.

Dalam beberapa minggu ini, saya telah mula mencuba sesuatu yang baharu. Iaitu mengkaji dan memasang (install) system operasi Linux di computer saya. Pada mulanya, ianya hanyalah sekadar untuk mencuba sesuatu yang baru dan selain itu untuk mencabar diri menggunakan sesuatu yang lain dari yang lain.


Sistem operasi ini dikatakan bebas virus( 95%) dan tidak mudah untuk dijangkiti oleh maleware.

Perasaan teruja menggunakan sesuatu yang baru memang tidak dapat dinafikan. Sanggup saya menunggu dan mengkaji sehingga berjam-jam lamanya untuk menilai dan menggunakan sendiri pelbagai jenis flavor Linux yang ada di pasaran.

Dan untuk pengetahuan anda, ianya percuma sahaja. Anda hanya perlu download dan install.

Mencari bahan bacaan dalam Bahasa Melayu mengenai Linux amatlah sukar. Walaupun sudah lama berada di alam maya ini, namun tidak ramai yang menulis mengenai system operasi percuma ini.

Saya tidaklah berminat untuk menjadi penulis yang terbaru pula untuk Linux. Sebabnya, saya beru sahaja mencuba dan mencari system mana yang bersesuaian dengan aktiviti harian saya.


Buat masa ini, saya telah cuba lebih dari 5 jenis system Linux. Daripada Ubuntu, Linux mint, manjaro Linux dan sebagainya.

Saya akan ulas mengenai kelemahan dan kekuatan system yang ada secara ringkas sahaja akan datang jika saya  mempunyai masa.

Sekadar ini dahulu sedikit perkongsian perkembangan terbaru tentang saya dan aktiviti yang saya lakukan.

Mohon doakan saya diberi kekuatan untuk mengulas sedikit tentang Linux dan system operasinya yang lain. Ada kelemahan dan ada kekuatan.

Adakah ia mampu untuk menggantikan system oeprasi windows  10 atau Mac Os yang anda pakai atau tidak? Tunggu pada artikel yang akan datang.


Comments

Popular posts from this blog

Cara Install Printer Menggunakan Manjaro Linux

Bismillah. Alhamudlillah. Sejak kebelakangan ini, saya agak sibuk menguruskan perniagaan. Jadi tidak berkesempatan untuk melakukan update di blog faizalehsan. Saya juga telah beralih kepada window 10 semula kerana ada beberapa perkara terutamanya berkaitan dengan desain yang tidak dapat saya jayakan dengan menggunakan sistem operasi linux. Namun begitu, dalam minggu lepas, saya cuba-cuba melihat kembali kepada berita-berita sistem linux yang tersiar di blog teknologi dan sebagainya. Dan saya dapati, ada pembaharuan terutamanya berkaitan dengan ubuntu dan Os yang lainnya. Jadi saya download dan mencuba OS ubuntu terbaru tersebut untuk beberapa ketika. Memang ada penambah baikan dari pelbagai aspek. Namun sebenarnya saya lebih tertarik dengan OS Manjaro. Manjaro Linux Manjaro adalah salah satu OS yang semakin meningkat naik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang OS ini, anda boleh klik di sini.   Apa yang membuatkan saya tertarik ialah, Os ini ringan dengan Pc saya dan

Berani mengambil risiko

Bismillah. Alhamdulillah.  Berani mengambil risiko adalah permulaan kepada sesuatu kejayaan. Dalam konteks perniagaan ada banyak risiko yang perlu dihadapi oleh seseorang usahawan. Samada risiko berjaya atau tidak sesuatu produk, risiko gagal dalam perniagaan, risiko akan dikenakan tindakan undang-undang dan sebagainya. Namun apalah gunanya jika hidup tanpa risiko. Tiada cabaran. Itu bermakna kita sudah selesa dan hidup dalam keadaan yang tenteram tanpa gangguan.  Namun Allah s.w.t. Tidak akan membiarkan hambanya duduk dan rileks sahaja. Pastinya Allah akan memberikan kita ujian-ujian supaya kita tidak terus berada di dalam zon selesa dan terima seadanya apa yang berlaku di sekeliling kita.  Begitulah serba sedikit tentang risiko yang ingin saya kongsikan bersama anda. Ada banyak lagi jika ingin dihuraikan tentang risiko yang perlu diambil untuk berjaya dalam kehidupan.  Berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.  P.s: Sekiranya anda mempunyai pendapat untuk dikongsikan, boleh kongs

Nikmat Kesihatan yang sering dilupakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nikmat sihat memang sering kita lupakan. Atau mungkin lebih teruk lagi, kita langsung tak teringat pun akan kepentingan kesihatan tubuh badan kita. Kita hanya memikirkan tentang mencari harta dunia dan juga keseronokan duniawi yang sering membawa kelekaan kepada diri kita sebenarnya. Jika anda mahu merasakan betapa bertuahnya badan anda yang sihat itu, salah satu cara adalah dengan pergi ke masjid. Berjemaah di sana. Di dalam masjid, akan ada mereka yang akan datang dengan berkerusi roda, dengan tongkat dan sebagainya. Jika kita makhluk yang mahu berfikir, kita akan dapat merasai betapa seksanya mereka ini ingin melakukan amal ibadah. Tidakkah kita terfikir? Alhamdulillah, sempat juga saya berjemaah di masjid. Dan kebetulan seorang tua yang memakai tongkat solat di sebelah saya. Betapa rasa bertuahnya mempunyai badan yang sihat dan dapat melakukan amal ibadah dengan senang. Syukur ke hadrat Allah. Orang tua tersebut dengan susah payah mahu d