Skip to main content

Pengalaman Menggunakan UBUNTU 18.04

Ubuntu 18.04



Bismillah. Alhamdulillah.

Sebelum ini saya menggunakan manjaro sebagai OS untuk sistem Pc saya. Namun saya berasa agak sukar kerana tidak ramai yang menggunakan manjaro linux. Anda perlu rujuk forum dan lihat masalah anda di situ untuk diselesaikan.

Jika anda google tentang ubuntu, insyaAllah banyak result yang keluar berkaitan dengan ubuntu.

Hal ini adalah kerana, ramai dikalangan pengguna tertutama di amerika syarikat menggunakan sistem operasi ini. Sistem ini popular dan ramai yang menggunakannya. Sebab itu anda lebih mudah untuk mencari solusi jika ada masalah berkaitan sistem operasi yang anda gunakan ini.

Saya tidak akan bercerita lanjut tentang kelebihan ubuntu. Ada banyak di internet yang anda boleh lihat dan tonton di youtube tentang kelebihan dan kelemahan setiap sistem operasi linux yang ditawarkan.

Cadangan saya, gunakan dan cuba setiap sistem (jika anda ada banyak masa) dan pilih yang bersesuaian dengan hati anda.

Namun begitu, ada satu masalah, setiap kali saya install Os linux dengan flavor yang lain selain ubuntu, hasilnya saya akan kembali semula menggunakan Ubuntu. Adakah anda mempunyai pendapat yang sama seperti saya?

Manjaro Linux (GNOME)

Jika anda seperti saya, jika free, boleh kongsikan bersama saya diruangan komen.

Setakat ini, prestasi ubuntu 18.04 adalah terbaik. Segalanya berjalan lancar. Banyak perkara yang saya perlu explore sendiri namun ini adalah perkara yang menarik sebenarnya.

Jika anda seorang yang tidak tahu duduk diam dan hanya mahu berada di zon selesa, maka tetaplah bersama OS window. Jika anda seorang yang suka cabaran dan sentiasa ingin belajar perkara yang baru, saya galakkan anda mencuba.

Tidak rugi bertindak lain daripada yang lain. Bukan sahaja dari segi penggunaan OS PC, malah dalam kehidupan kita seharian, kita sentiasa dan mesti melakukan penambahbaikan dalam diri sendiri dari sehari ke sehari.

Ini juga adalah tuntutan agama kita ISLAM.

Perkongsian saya mungkin tidak seberapa, tetapi jika anda mempunyai persoalan dan pengalaman yang ingin dikongsikan, anda boleh berbicara diruangan komen blog ini.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Install Printer Menggunakan Manjaro Linux

Bismillah. Alhamudlillah. Sejak kebelakangan ini, saya agak sibuk menguruskan perniagaan. Jadi tidak berkesempatan untuk melakukan update di blog faizalehsan. Saya juga telah beralih kepada window 10 semula kerana ada beberapa perkara terutamanya berkaitan dengan desain yang tidak dapat saya jayakan dengan menggunakan sistem operasi linux. Namun begitu, dalam minggu lepas, saya cuba-cuba melihat kembali kepada berita-berita sistem linux yang tersiar di blog teknologi dan sebagainya. Dan saya dapati, ada pembaharuan terutamanya berkaitan dengan ubuntu dan Os yang lainnya. Jadi saya download dan mencuba OS ubuntu terbaru tersebut untuk beberapa ketika. Memang ada penambah baikan dari pelbagai aspek. Namun sebenarnya saya lebih tertarik dengan OS Manjaro. Manjaro Linux Manjaro adalah salah satu OS yang semakin meningkat naik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang OS ini, anda boleh klik di sini.   Apa yang membuatkan saya tertarik ialah, Os ini ringan dengan Pc saya dan

Berani mengambil risiko

Bismillah. Alhamdulillah.  Berani mengambil risiko adalah permulaan kepada sesuatu kejayaan. Dalam konteks perniagaan ada banyak risiko yang perlu dihadapi oleh seseorang usahawan. Samada risiko berjaya atau tidak sesuatu produk, risiko gagal dalam perniagaan, risiko akan dikenakan tindakan undang-undang dan sebagainya. Namun apalah gunanya jika hidup tanpa risiko. Tiada cabaran. Itu bermakna kita sudah selesa dan hidup dalam keadaan yang tenteram tanpa gangguan.  Namun Allah s.w.t. Tidak akan membiarkan hambanya duduk dan rileks sahaja. Pastinya Allah akan memberikan kita ujian-ujian supaya kita tidak terus berada di dalam zon selesa dan terima seadanya apa yang berlaku di sekeliling kita.  Begitulah serba sedikit tentang risiko yang ingin saya kongsikan bersama anda. Ada banyak lagi jika ingin dihuraikan tentang risiko yang perlu diambil untuk berjaya dalam kehidupan.  Berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.  P.s: Sekiranya anda mempunyai pendapat untuk dikongsikan, boleh kongs

Nikmat Kesihatan yang sering dilupakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nikmat sihat memang sering kita lupakan. Atau mungkin lebih teruk lagi, kita langsung tak teringat pun akan kepentingan kesihatan tubuh badan kita. Kita hanya memikirkan tentang mencari harta dunia dan juga keseronokan duniawi yang sering membawa kelekaan kepada diri kita sebenarnya. Jika anda mahu merasakan betapa bertuahnya badan anda yang sihat itu, salah satu cara adalah dengan pergi ke masjid. Berjemaah di sana. Di dalam masjid, akan ada mereka yang akan datang dengan berkerusi roda, dengan tongkat dan sebagainya. Jika kita makhluk yang mahu berfikir, kita akan dapat merasai betapa seksanya mereka ini ingin melakukan amal ibadah. Tidakkah kita terfikir? Alhamdulillah, sempat juga saya berjemaah di masjid. Dan kebetulan seorang tua yang memakai tongkat solat di sebelah saya. Betapa rasa bertuahnya mempunyai badan yang sihat dan dapat melakukan amal ibadah dengan senang. Syukur ke hadrat Allah. Orang tua tersebut dengan susah payah mahu d