Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

3 Teknik Buat Pelanggan Repeat Oder?

Tulisan ini saya kongsikan dari facebook Tuan Aqif Azizan. Anda boleh temui beliau di SINI . Ayuh kita mulakan...   Manusia mempunyai tempoh masa ingatan yang sangat terhad. Tempohnya hampir sama seperti stamina manusia. Dalam subjek pendidikan jasmani semasa sekolah menengah, para atlit yang tidak melakukan aktiviti sukan selama 3 hari berturut-turut, staminanya akan jatuh merudum. Tempoh masa pelanggan untuk mengingati bisnes kita juga terhad. Ia dipanggil sebagai "customer memory span." Ini bermakna, dalam masa 3 hari atau kurang, ingatan pelanggan terhadap bisnes kita akan ghaib secara perlahan-lahan. Contoh skrip yang diberikan pelanggan adalah, "Aku sudah lupa daripada siapa aku beli produk XYZ ini…" === Risiko Customer Memory Span === Risiko yang kita hadapi sebagai pemilik bisnes adalah risiko buat duit berulang kali dengan pelanggan sedia ada. Jika pelanggan sudah lupa pada bisnes kita, maka proses duit mas

Perkara Yang Membangkitkan Semangat

Bismillah. Alhamdulillah. Sejak dua tiga minggu ini banyak perkara yang bermain difikiran. Terutamanya bagaimana cara untuk buat duit dan tambah duit ke dalam akaun. Selain itu, duit yang masuk mestilah konsisten atau berlaku peningkatan setiap bulan.  Alhamdulillah, ilham yang datang daripada Allah s.w.t. Telah membuatkan saya berfikir untuk melakukan satu lagi cabang perniagaan yang baharu. Perniagaan ini bukanlah sesuatu yang asing buat kita, tetapi memang sudah lama bertapak dan boleh menghasilkan pulangan yang lumayan insyaAllah.  Saya masih dalam proses mengenali perniagaan ini. Masih mengkaji ruang dan peluang untuk melakukannya dalam skal kecil dan akan kembangkannya kepada yang lebih besar akan datang insyaAllah. Dalam proses ini, saya mula mendapat semula kekuatan dan semangat untuk melakukannya. Betullah kata usahawan-usahawan yang berjaya. Setiap hari, kita kena lakukan sesuatu yang baharu malah kena lakukan dengan lebih baik daripada semalam. Jika sem

Risiko Root Telefon Android

Bismillah.  Baru-baru ini saya berpeluang untuk menggunakan telefon pintar berjenama Samsung. samsung memang terkenal dengan rekaan terkini dan desain telefon yang lain dari yang lain. Baru-baru ini mereka juga telah memperkenalkan telefon terbaharu Galaxy Note 7. Ada banyak ulasan tentang produk terbaru tersebut. Jadi tidak perlu diulas panjang apa kelebihan dan kelemahannya di sini.  Saya seorang peminat gajet. Namun tidaklah sampai ingin membeli telefon terbaharu setiap kali keluar di pasaran. Saya suka mengambil tahu tentang teknologi terkini dan perkara yang berkaitan dengan teknikal. Disebabkan kesukaan tersebut, saya telah menggodek-godek telefon samsung yang ada di tangan. Perkara yang selalu dilakukan oleh pengguna android adalah 'root' peranti mereka. Dalam sistem ios milik apple ia dipanggil 'jailbreak'.  Risiko Kerana minat untuk mengetahui apa yang dimaksudkan dengan root, maka saya membuat sedikit kajian di google dan youtube. Alhamdulillah, zaman teknolog

Berani mengambil risiko

Bismillah. Alhamdulillah.  Berani mengambil risiko adalah permulaan kepada sesuatu kejayaan. Dalam konteks perniagaan ada banyak risiko yang perlu dihadapi oleh seseorang usahawan. Samada risiko berjaya atau tidak sesuatu produk, risiko gagal dalam perniagaan, risiko akan dikenakan tindakan undang-undang dan sebagainya. Namun apalah gunanya jika hidup tanpa risiko. Tiada cabaran. Itu bermakna kita sudah selesa dan hidup dalam keadaan yang tenteram tanpa gangguan.  Namun Allah s.w.t. Tidak akan membiarkan hambanya duduk dan rileks sahaja. Pastinya Allah akan memberikan kita ujian-ujian supaya kita tidak terus berada di dalam zon selesa dan terima seadanya apa yang berlaku di sekeliling kita.  Begitulah serba sedikit tentang risiko yang ingin saya kongsikan bersama anda. Ada banyak lagi jika ingin dihuraikan tentang risiko yang perlu diambil untuk berjaya dalam kehidupan.  Berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.  P.s: Sekiranya anda mempunyai pendapat untuk dikongsikan, boleh kongs