Skip to main content

Terkini April 2016

Bismillah. Alhamdulillah. 

Sudah lama saya ingin update blog yang semakin lama semakin jarang diupdate ini. Ada banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun ini. Kisah suka dan duka dalam kehidupan. 

Namun begitu, saya mengumpul kekuatan dan mencari masa yang sesuai untuk menulis sesuatu yang berguna untuk agama dan anak bangsa. Kerana setiap apa yang ditulis itu akan dihitung, maka perlukan sedikit masa untuk membuat tapisan.

Anak sebagai penyeri hidup berumah tangga. 

Alhamdulillah, saya sudah bergelar seorang ayah. Ketika catatan ini ditulis, umur anak saya sudah pun sebulan lebih. Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah yang mengurniakan rezekimkepada setiap hambanya. Bukan semua orang berpeluang untuk menjadi seorang ayah, dan saya sangat faham akan perasaan itu. 

Mohon maaf kerana artikel kali ini lebih berbentuk peribadi. Meraikan nikmat kurniaan Tuhan yang saya rasa semua orang yang mempunyai anak merasainya. Tulisan ini juga mungkin akan dibaca oleh anak kami bila kami sudah tiada ataupun mereka mula meningkat dewasa. Jadi, mudah-mudahan ia akan menjadi sebagai salah satu tanda kami menghargainya. 

Musim panas el nino.

Dulu ramai yang tidak tahu istilah ini. Bukan sahaja tidak mahu ambil tahu, malah, memang tak tahu pun ianya wujud. Apabila zaman teknologi mula berkembang, dengan kemudahan whatapps, telegram dan sebagainya, masyarakat sudah mula cakna. Maklumat dihujung jari. 

Ada yang berpendapat, mungkin ini salah satu tanda akan berakhirnya dunia ini. Memang benar lah kata Allah s,w.t. bahawa yang akan menghancurkan dunia ini adalah dari tangan -tangan manusia juga. Muhasabah diri sebelum kembali kepada yang maha pencipta. 

Penutup

Kami sekeluarga mendoakan agar musibah panas ini akan berlalu. Mungkin ini juga adalah balasa Allah kepada manusia yang tidak tahu bersyukur dan hanya mementingkan keduniaan. Pentingkan diri sendiri tanpa mahu memikirkan tentang kesan jangka masa panjang apa yang akan berlaku ke atas bumi ini dan juga orang lain.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, ramai orang yang diberhentikan kerja. Sekiranya anda berminat untuk menjadi pengedar Susu Biomil Xcel, anda boleh hubungi saya di susubiomil.blogspot.com 

Jumpa lagi pada artikel yang seterusnya. 

Comments

Popular posts from this blog

Cara Install Printer Menggunakan Manjaro Linux

Bismillah. Alhamudlillah. Sejak kebelakangan ini, saya agak sibuk menguruskan perniagaan. Jadi tidak berkesempatan untuk melakukan update di blog faizalehsan. Saya juga telah beralih kepada window 10 semula kerana ada beberapa perkara terutamanya berkaitan dengan desain yang tidak dapat saya jayakan dengan menggunakan sistem operasi linux. Namun begitu, dalam minggu lepas, saya cuba-cuba melihat kembali kepada berita-berita sistem linux yang tersiar di blog teknologi dan sebagainya. Dan saya dapati, ada pembaharuan terutamanya berkaitan dengan ubuntu dan Os yang lainnya. Jadi saya download dan mencuba OS ubuntu terbaru tersebut untuk beberapa ketika. Memang ada penambah baikan dari pelbagai aspek. Namun sebenarnya saya lebih tertarik dengan OS Manjaro. Manjaro Linux Manjaro adalah salah satu OS yang semakin meningkat naik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang OS ini, anda boleh klik di sini.   Apa yang membuatkan saya tertarik ialah, Os ini ringan dengan Pc saya dan

Berani mengambil risiko

Bismillah. Alhamdulillah.  Berani mengambil risiko adalah permulaan kepada sesuatu kejayaan. Dalam konteks perniagaan ada banyak risiko yang perlu dihadapi oleh seseorang usahawan. Samada risiko berjaya atau tidak sesuatu produk, risiko gagal dalam perniagaan, risiko akan dikenakan tindakan undang-undang dan sebagainya. Namun apalah gunanya jika hidup tanpa risiko. Tiada cabaran. Itu bermakna kita sudah selesa dan hidup dalam keadaan yang tenteram tanpa gangguan.  Namun Allah s.w.t. Tidak akan membiarkan hambanya duduk dan rileks sahaja. Pastinya Allah akan memberikan kita ujian-ujian supaya kita tidak terus berada di dalam zon selesa dan terima seadanya apa yang berlaku di sekeliling kita.  Begitulah serba sedikit tentang risiko yang ingin saya kongsikan bersama anda. Ada banyak lagi jika ingin dihuraikan tentang risiko yang perlu diambil untuk berjaya dalam kehidupan.  Berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.  P.s: Sekiranya anda mempunyai pendapat untuk dikongsikan, boleh kongs

Nikmat Kesihatan yang sering dilupakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nikmat sihat memang sering kita lupakan. Atau mungkin lebih teruk lagi, kita langsung tak teringat pun akan kepentingan kesihatan tubuh badan kita. Kita hanya memikirkan tentang mencari harta dunia dan juga keseronokan duniawi yang sering membawa kelekaan kepada diri kita sebenarnya. Jika anda mahu merasakan betapa bertuahnya badan anda yang sihat itu, salah satu cara adalah dengan pergi ke masjid. Berjemaah di sana. Di dalam masjid, akan ada mereka yang akan datang dengan berkerusi roda, dengan tongkat dan sebagainya. Jika kita makhluk yang mahu berfikir, kita akan dapat merasai betapa seksanya mereka ini ingin melakukan amal ibadah. Tidakkah kita terfikir? Alhamdulillah, sempat juga saya berjemaah di masjid. Dan kebetulan seorang tua yang memakai tongkat solat di sebelah saya. Betapa rasa bertuahnya mempunyai badan yang sihat dan dapat melakukan amal ibadah dengan senang. Syukur ke hadrat Allah. Orang tua tersebut dengan susah payah mahu d