Skip to main content

IOS 9.3

 




Bismillah alhamdulillah.

Baru-baru ini pihak apple telah melancarkan produk terbaru mereka iPhone SE. Memang canggih dan mengikut spesifikasi terbaru iPhone6s. Cumanya ada beberapa bahagian yang tidak sama dan boleh dikatakan harganya mampu milik.

Saya juga amat meminati gajet dan mengikuti serba sedikit perkembangan teknologi hari ini. Jika nak diikutkan memang tak terkejar jika kita ini jenis yang suka bertukar-tukar gajet. 
Berbalik semula kepada tajuk asal, di samping produk terbaru, ada juga kemaskini dari segi sistem oleh pihak apple. Ini adalah antara keistimewaan mereka yang membeki produk apple. Mereka tetap mendapat kemaskini terbaru jika sistem baharu dilancarkan.

Sistem ios 9.3

Pada awal pelancarannya terdapat sedikit masalah kepada pengguna yanf menggunakan model lama ipad dan iphone. Mereka tidak dapat tersu update kerana masalah pada login. Jika terlupa password, maka update tidak dapat diteruskan.

Namun perkara ini telah dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Saya sendiri yang menggunakan model lama pada mulanya tidak dapat update.

Setelah beberapa hari, segalanya dapat diupdate semula dan berjalan lancar. Alhamdulillah.

Apa yang ingin saya perkatakan di sini adalah, selepas update bateri ipad menunjukkan perubahan yang positif. Jika dahulu bateri agak cepat habis apabila digunakan. Namun setelah update bateri bertahan agak lama.

Mungkin disebabkan sistem baharu ini telah berjaya membuang bugs dan sebagainya yang menyebabkan bateri cepat habis.

Selain itu, nampaknya semua berjalan lancar dan sistem semakin ringan dan laju.

Kesimpulan

Adakah anda mahu upgrade ke sistem baharu atau kekal dnegan sistem lama? Terpulang kepada diri masing-masing.

Saya lebih gemar bereksperimen dan inginkan sesuatu yang baharu. Walaupun ada risikonya, tetapi ianya dalam perkiraan. Tidaklah sampai gajet anda akan meletup jika diupdate ke sistem baharu.

Selamat mencuba kepada anda yang masih belum update ke ios 9.3. Selamat maju jaya saya ucapkan.





- Faizal Ehsan
Founder @ Cahaya Mentari Marketing Dot Com




Comments

Popular posts from this blog

Cara Install Printer Menggunakan Manjaro Linux

Bismillah. Alhamudlillah. Sejak kebelakangan ini, saya agak sibuk menguruskan perniagaan. Jadi tidak berkesempatan untuk melakukan update di blog faizalehsan. Saya juga telah beralih kepada window 10 semula kerana ada beberapa perkara terutamanya berkaitan dengan desain yang tidak dapat saya jayakan dengan menggunakan sistem operasi linux. Namun begitu, dalam minggu lepas, saya cuba-cuba melihat kembali kepada berita-berita sistem linux yang tersiar di blog teknologi dan sebagainya. Dan saya dapati, ada pembaharuan terutamanya berkaitan dengan ubuntu dan Os yang lainnya. Jadi saya download dan mencuba OS ubuntu terbaru tersebut untuk beberapa ketika. Memang ada penambah baikan dari pelbagai aspek. Namun sebenarnya saya lebih tertarik dengan OS Manjaro. Manjaro Linux Manjaro adalah salah satu OS yang semakin meningkat naik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang OS ini, anda boleh klik di sini.   Apa yang membuatkan saya tertarik ialah, Os ini ringan dengan Pc saya dan

Berani mengambil risiko

Bismillah. Alhamdulillah.  Berani mengambil risiko adalah permulaan kepada sesuatu kejayaan. Dalam konteks perniagaan ada banyak risiko yang perlu dihadapi oleh seseorang usahawan. Samada risiko berjaya atau tidak sesuatu produk, risiko gagal dalam perniagaan, risiko akan dikenakan tindakan undang-undang dan sebagainya. Namun apalah gunanya jika hidup tanpa risiko. Tiada cabaran. Itu bermakna kita sudah selesa dan hidup dalam keadaan yang tenteram tanpa gangguan.  Namun Allah s.w.t. Tidak akan membiarkan hambanya duduk dan rileks sahaja. Pastinya Allah akan memberikan kita ujian-ujian supaya kita tidak terus berada di dalam zon selesa dan terima seadanya apa yang berlaku di sekeliling kita.  Begitulah serba sedikit tentang risiko yang ingin saya kongsikan bersama anda. Ada banyak lagi jika ingin dihuraikan tentang risiko yang perlu diambil untuk berjaya dalam kehidupan.  Berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.  P.s: Sekiranya anda mempunyai pendapat untuk dikongsikan, boleh kongs

Nikmat Kesihatan yang sering dilupakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nikmat sihat memang sering kita lupakan. Atau mungkin lebih teruk lagi, kita langsung tak teringat pun akan kepentingan kesihatan tubuh badan kita. Kita hanya memikirkan tentang mencari harta dunia dan juga keseronokan duniawi yang sering membawa kelekaan kepada diri kita sebenarnya. Jika anda mahu merasakan betapa bertuahnya badan anda yang sihat itu, salah satu cara adalah dengan pergi ke masjid. Berjemaah di sana. Di dalam masjid, akan ada mereka yang akan datang dengan berkerusi roda, dengan tongkat dan sebagainya. Jika kita makhluk yang mahu berfikir, kita akan dapat merasai betapa seksanya mereka ini ingin melakukan amal ibadah. Tidakkah kita terfikir? Alhamdulillah, sempat juga saya berjemaah di masjid. Dan kebetulan seorang tua yang memakai tongkat solat di sebelah saya. Betapa rasa bertuahnya mempunyai badan yang sihat dan dapat melakukan amal ibadah dengan senang. Syukur ke hadrat Allah. Orang tua tersebut dengan susah payah mahu d