Skip to main content

Hari ke 4, Fasa ke-2 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)


Hari ini sudah masuk hari ke 4 fasa ke 2 perintah kawalan pergerakan. Alhamdulillah, kami sekeluarga berada dalam keadaan terkawal dari segi mental dan fizikal. Cuma barang dapur agak berkurangan selepas hampir 10 hari saya tidak ke luar membeli barang.

Saya yakin, kita semua sudah boleh bertenang menghadapi situasi ini. Kita sudah boleh biasakan diri dengan tinggal di rumah dan bekerja dari rumah. Ada yang sudah mula melakukan pelbagai jenis perniagaan yang boleh dilakukan diwaktu ini.

Fasa ke 2 ini adalah penentu dan paling kritikal sekali untuk ditempuh oleh semua rakyat Malaysia. Mengikut kata-kata Ketua Pengarah Kesihatan, 2 minggu ini akan menentukan seberapa banyak di antara mereka yang terlibat dengan covid 19 ini akan dikesan.

Mengikut perangkaan WHO, mereka menganggarkan lebih 6000 kes akan berlaku sepanjang 2 minggu ini. Statistik menunjukkan, angka kes adalah 3483 kes, 915 sembuh dan 57 kematian telah direkodkan.

Adakah anggaran WHO tersebut akan menjadi kenyataan? 


Itu bergantung kepada rakyat Malaysia sendiri. Kerana mengikut laporan Polis sudah hampir 99% perintah PKP ini dipatuhi. Alhamdulillah.

Saya tetap yakin dan percaya, segala yang berlaku ini memberikan hikmah yang besar kepada dunia dan diri sendiri khususnya.

Di sini kita belajar mengapa kita memerlukan simpanan, dan pengurursan perniagaan yang betul agar jika berlaku musibah, kita mempunyai payung dan pertahanan untuk diri dan keluarga.

Dalam tempoh ini, banyak perniagaan telah terkesan. Jika dipanjangkan lagi, ada kemungkinan lebih banyak perniagaan akan bungkus dan tidak boleh beroperasi.

Kesan yang dijangkakan oleh kerajaan adalah dalam tempoh enam bulan ke setahun untuk memulihkan semula ekonomi agar dapat bergerak kepada normal. Dalam keadaan sekarang, sudah ramai di antara rakyat yang telah kehilangan pekerjaan.

Saya juga menghadapi masalah untuk membekalkan barang kepada kedai-kedai runcit oleh kerana kami tidak mempunyai kenderaan perdagangan. Saya yakin jika ada kenderaan perdagangan seperti lori ataupun van, saya dapat meneruskan perniagaan saya seperti biasa.

Ini adalah pengajaran untuk kami bangkit semula selepas ini dengan menyusun semula perniagaan agar mempunyai simpanan dan juga kenderaan yang betul untuk menghantar barang.

Dalam keadaan sekarang, tekanan juga memuncak dikalangan masyarakat. Tiada sumber untuk mencari rezeki bagi keluarga memang memeritkan. Apatah lagi dengan hanya duduk di rumah.

Disinilah kita memerlukan kebijaksanaan menggunakan segala yang ada untuk hidup dan mencari jalan keluar agar tetap dapat mencari rezeki walaupun dalam situasi sukar.

Kerajaan banyak menggalakkan rakyat sekarang ini untuk menggunakan internet sepenuhnya dalam urusan tempahan dan pembelian barang keperluan.

Platform yang ada seperti Lazada dan Shopee boleh anda gunakan untuk membeli barang keperluan. Di samping itu, cubalah mencari-cari peluang untuk berniaga pula dengan menggunakan platform tersebut.

Kesimpulan


Saya berdoa dan terus berdoa agar wabak covid-19 ini akan berakhir secepat yang boleh agar kita semua dapat menjalankan perniagaan dan bekerja seperti biasa.

Mungkin kerana dosa-dosa kita, Allah berikan musibah sebagai ujian dan juga sebagai peringatan kepada kita agar tidak melakukan dosa lagi kepadaNya.

Janganlah kita hanya melihat dengan mata kasar sahaja. Pandanglah dengan mata hati dan insafi diri supaya kita terus memohon ampun dan maaf kepada Allah s.w.t.

Sesungguhnya masih belum terlewat untuk kita sedar. Walaupun kita semua maklum yang kita sudah berada di akhir zaman, janganlah kita sambil lewa dan tidak mahu patuh kepada ajaran agama Islam dan larangan-larangan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Install Printer Menggunakan Manjaro Linux

Bismillah. Alhamudlillah. Sejak kebelakangan ini, saya agak sibuk menguruskan perniagaan. Jadi tidak berkesempatan untuk melakukan update di blog faizalehsan. Saya juga telah beralih kepada window 10 semula kerana ada beberapa perkara terutamanya berkaitan dengan desain yang tidak dapat saya jayakan dengan menggunakan sistem operasi linux. Namun begitu, dalam minggu lepas, saya cuba-cuba melihat kembali kepada berita-berita sistem linux yang tersiar di blog teknologi dan sebagainya. Dan saya dapati, ada pembaharuan terutamanya berkaitan dengan ubuntu dan Os yang lainnya. Jadi saya download dan mencuba OS ubuntu terbaru tersebut untuk beberapa ketika. Memang ada penambah baikan dari pelbagai aspek. Namun sebenarnya saya lebih tertarik dengan OS Manjaro. Manjaro Linux Manjaro adalah salah satu OS yang semakin meningkat naik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang OS ini, anda boleh klik di sini.   Apa yang membuatkan saya tertarik ialah, Os ini ringan dengan Pc saya dan

Berani mengambil risiko

Bismillah. Alhamdulillah.  Berani mengambil risiko adalah permulaan kepada sesuatu kejayaan. Dalam konteks perniagaan ada banyak risiko yang perlu dihadapi oleh seseorang usahawan. Samada risiko berjaya atau tidak sesuatu produk, risiko gagal dalam perniagaan, risiko akan dikenakan tindakan undang-undang dan sebagainya. Namun apalah gunanya jika hidup tanpa risiko. Tiada cabaran. Itu bermakna kita sudah selesa dan hidup dalam keadaan yang tenteram tanpa gangguan.  Namun Allah s.w.t. Tidak akan membiarkan hambanya duduk dan rileks sahaja. Pastinya Allah akan memberikan kita ujian-ujian supaya kita tidak terus berada di dalam zon selesa dan terima seadanya apa yang berlaku di sekeliling kita.  Begitulah serba sedikit tentang risiko yang ingin saya kongsikan bersama anda. Ada banyak lagi jika ingin dihuraikan tentang risiko yang perlu diambil untuk berjaya dalam kehidupan.  Berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.  P.s: Sekiranya anda mempunyai pendapat untuk dikongsikan, boleh kongs

Nikmat Kesihatan yang sering dilupakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nikmat sihat memang sering kita lupakan. Atau mungkin lebih teruk lagi, kita langsung tak teringat pun akan kepentingan kesihatan tubuh badan kita. Kita hanya memikirkan tentang mencari harta dunia dan juga keseronokan duniawi yang sering membawa kelekaan kepada diri kita sebenarnya. Jika anda mahu merasakan betapa bertuahnya badan anda yang sihat itu, salah satu cara adalah dengan pergi ke masjid. Berjemaah di sana. Di dalam masjid, akan ada mereka yang akan datang dengan berkerusi roda, dengan tongkat dan sebagainya. Jika kita makhluk yang mahu berfikir, kita akan dapat merasai betapa seksanya mereka ini ingin melakukan amal ibadah. Tidakkah kita terfikir? Alhamdulillah, sempat juga saya berjemaah di masjid. Dan kebetulan seorang tua yang memakai tongkat solat di sebelah saya. Betapa rasa bertuahnya mempunyai badan yang sihat dan dapat melakukan amal ibadah dengan senang. Syukur ke hadrat Allah. Orang tua tersebut dengan susah payah mahu d