Skip to main content

Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Dan Musibah Tahun 2020

Bismillah. Alhamdulillah.

Apa khabar anda semua hari ini? Saya doakan anda berada dalam keadaan tenang dan sihat di samping keluarga tercinta ketika kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ini adalah artikel pertama untuk tahun 2020 yang penuh dengan cubaan dan dugaan.

Disebabkan PKP, banyak masa terluang dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk kemaskini blog yang agak lama kesepian.

Ada banyak perkara yang berlaku sepanjang permulaan tahun ini. Dari segi politik dan ekonomi, ada perkara yang mempengaruhi kehidupan saya dan keluarga dan juga rakyat Malaysia amnya.

Bermula dengan wabak Covid-19 yang datangnya daripada negara Cina. Kemudian masuk ke Malaysia dan sekarang ini telah berjangkit ke seluruh dunia.

Penyakit ini telah diishtiharkan sebagai pendemik oleh WHO dan telah melumpuhkan ekonomi negara-negara besar dunia terutama Cina dan Amerika Syarikat.


Di Malaysia, masih ada peningkatan kes setiap hari dan juga mereka yang telah sembuh juga turut bertambah.

Pertukaaran kerajaan daripada PH kepada PN kini membawa keadaan politik yang tidak seimbang. Ditambah pula dengan penularan penyakit Covid-19 memberikan tekanan kepada rakyat seluruhnya.

Saya ingin mencatatkan di blog ini sebagai sejarah yang akan diingati oleh generasi akan datang insyaAllah.

Tahun 2020 bukan sahaja menyebabkan ekonomi lumpuh malah menyebabkan ujian besar yang melanda seluruh dunia menjadikan manusia takut dan tidak tenang dalam menghadapi ujian besar.

Kita tidak tahu berapa lama lagi penyakit ini akan hilang dan tidak kembali lagi. Apa yang pasti buat masa ini, sudah banyak kedai ditutup, kehilangan pekerjaan, dan kematian bertambah setiap hari.

Ini adalah malapetaka yang cukup dahsyat yang diberikan oleh Allah kepada umat manusia. Jika kita tidak melihat dengan mata hati dan juga tidak mahu bertaubat, kemungkinan, ujian ini akan lebih panjang.

Sama-sama kita bermohon kepada yang maha esa agar seluruh dunia akan sembuh dari penyakit ini dan kita dapat bangkit semula menjadi manusia yang lebih berhati mulia, saling membantu antara yang kaya dan yang miskin serta kita tidak melupai tuan punya dunia iaitu Allah s.w.t.



Comments

Popular posts from this blog

Cara Install Printer Menggunakan Manjaro Linux

Bismillah. Alhamudlillah. Sejak kebelakangan ini, saya agak sibuk menguruskan perniagaan. Jadi tidak berkesempatan untuk melakukan update di blog faizalehsan. Saya juga telah beralih kepada window 10 semula kerana ada beberapa perkara terutamanya berkaitan dengan desain yang tidak dapat saya jayakan dengan menggunakan sistem operasi linux. Namun begitu, dalam minggu lepas, saya cuba-cuba melihat kembali kepada berita-berita sistem linux yang tersiar di blog teknologi dan sebagainya. Dan saya dapati, ada pembaharuan terutamanya berkaitan dengan ubuntu dan Os yang lainnya. Jadi saya download dan mencuba OS ubuntu terbaru tersebut untuk beberapa ketika. Memang ada penambah baikan dari pelbagai aspek. Namun sebenarnya saya lebih tertarik dengan OS Manjaro. Manjaro Linux Manjaro adalah salah satu OS yang semakin meningkat naik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang OS ini, anda boleh klik di sini.   Apa yang membuatkan saya tertarik ialah, Os ini ringan dengan Pc saya dan

Berani mengambil risiko

Bismillah. Alhamdulillah.  Berani mengambil risiko adalah permulaan kepada sesuatu kejayaan. Dalam konteks perniagaan ada banyak risiko yang perlu dihadapi oleh seseorang usahawan. Samada risiko berjaya atau tidak sesuatu produk, risiko gagal dalam perniagaan, risiko akan dikenakan tindakan undang-undang dan sebagainya. Namun apalah gunanya jika hidup tanpa risiko. Tiada cabaran. Itu bermakna kita sudah selesa dan hidup dalam keadaan yang tenteram tanpa gangguan.  Namun Allah s.w.t. Tidak akan membiarkan hambanya duduk dan rileks sahaja. Pastinya Allah akan memberikan kita ujian-ujian supaya kita tidak terus berada di dalam zon selesa dan terima seadanya apa yang berlaku di sekeliling kita.  Begitulah serba sedikit tentang risiko yang ingin saya kongsikan bersama anda. Ada banyak lagi jika ingin dihuraikan tentang risiko yang perlu diambil untuk berjaya dalam kehidupan.  Berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.  P.s: Sekiranya anda mempunyai pendapat untuk dikongsikan, boleh kongs

Nikmat Kesihatan yang sering dilupakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nikmat sihat memang sering kita lupakan. Atau mungkin lebih teruk lagi, kita langsung tak teringat pun akan kepentingan kesihatan tubuh badan kita. Kita hanya memikirkan tentang mencari harta dunia dan juga keseronokan duniawi yang sering membawa kelekaan kepada diri kita sebenarnya. Jika anda mahu merasakan betapa bertuahnya badan anda yang sihat itu, salah satu cara adalah dengan pergi ke masjid. Berjemaah di sana. Di dalam masjid, akan ada mereka yang akan datang dengan berkerusi roda, dengan tongkat dan sebagainya. Jika kita makhluk yang mahu berfikir, kita akan dapat merasai betapa seksanya mereka ini ingin melakukan amal ibadah. Tidakkah kita terfikir? Alhamdulillah, sempat juga saya berjemaah di masjid. Dan kebetulan seorang tua yang memakai tongkat solat di sebelah saya. Betapa rasa bertuahnya mempunyai badan yang sihat dan dapat melakukan amal ibadah dengan senang. Syukur ke hadrat Allah. Orang tua tersebut dengan susah payah mahu d