Skip to main content

Linux, Masih Jauh Ketinggalan Berbanding Windows?


Bismillah. Alhamdulillah.

Hari ini saya mengambil sedikit masa untuk update blog faizalehsan. Sudah lama menyepi. Sibuk kerana melakukan kerja hakiki sebagai seorang usahawan dan juga masa untuk keluarga.

Berbalik kepada tajuk asal di atas, saya ingin kupas sedikit tentang pengalaman menggunakan kedua-dua OS yang popular sekarang ini.

Pada asalnya, memang saya sukakan sistem operasi yang baik dan boleh dikatakaan baru seperti linux. Saya cuba geledah sebanyak mungkin mengikut kesempatan masa yang ada. Kerap kali juga saya mencuba pelbagai distro linux yang ada di pasaran.

Namun begitu, walaupun seronok menggunakan sistem operasi ini, ianya masih lagi tidak dapat membuatkan saya terus kekal dengan linux. Disebabkan beberapa kerja penting yang hanya disokong oleh sistem operasi windows, maka hasrat untuk terus kekal dengan linux agak terbantut.

Sistem windows sudah beroperasi dan berakar umbi dengan setiap lapisan masyarakat di dunia. Tidak hairan kebanyakan daripada manusia di muka bumi ini tidak mengenali Linux. Ia sudah mencengkam hampir 70% atau mungkin lebih di seluruh pelosok dunia.

Mereka boleh dikatakan tidak mempunyai pengetahuan tentang sistem operasi yang baru dan juga sikap mereka juga mungkin tidak mahu belajar sesuatu yang baru menyebabkan mereka terus kekal dengan windows.

Sangat sukar untuk menggunakan linux jika anda adalah seorang designer, pelukis digital dan mereka yang menggunakan perisian seni terutamanya photoshop.

Ya, mungkin ada dikalangan anda yang mencadangkan supaya menggunakan GIMP atau Krita, namun peluang untuk belajar software ini memerlukan masa yang banyak. Jika anda bukan seorang yang betul-betul minat dan tidak mahu membuang masa, software yang saya sebutkan itu tidak berguna untuk anda.

Satu lagi masalah linux adalah untuk mencari driver bagi penggunaan printer, cutting plotter dan sebagainya yang berkaitan dan tidak disertakan dengan driver linux.

Amat menyakitkan untuk setting printer dan cutting plotter jika anda menggunakan linux. Kebanyakan syarikat tidak menyokong sistem operasi linux. Jadi anda perlu geledah sendiri dan jika bernasib baik, anda dapat menggunakan sistem tersebut.

Kesimpulan


Ada banyak perkara yang perlu dilakukan oleh pembangun sistem operasi linux jika mereka mahu sistem ini menjadi sistem pilihan oleh orang ramai.

Terlalu banyak pilihan juga tidak baik untuk pelanggan. Mereka akan pening untuk memilih dan akhirnya akan kembali kepada asal.

Saya masih memberikan peluang kepada diri saya untuk mencuba lagi pada masa akan datang jika pembangun linux dapat menyelesaikan perkara-perkara yang disebutkan di atas.

Mudah-mudahan ianya akan menjadi kenyataan.

Jumpa lagi.


P.s: Sesungguhnya saya memang meminati bidang teknolgi dan juga teknikal. Selain daripada design dan perniagaan yang lain, saya perlu fokus.

Di dalam blog ini akan datang jika mempunyai kesempatan, saya akan lebih menumpukan kepada tulisan yang berkaitan dengan kehidupan dan perniagaan yang saya jalankan.

Mudah-mudahan ianya akan memberi manfaat untuk generasi akan datang dan memberikan motivasi dan inspirasi kepada mereka yang sedang mencari halatuju kehidupan.

Kehidupan kita hari ini, akan sentiasa menjadi lebih mencabar dari sehari ke sehari. Bergantung kepada Allah adalah segala-galanya. Amiin..

Comments

Popular posts from this blog

Cara Install Printer Menggunakan Manjaro Linux

Bismillah. Alhamudlillah. Sejak kebelakangan ini, saya agak sibuk menguruskan perniagaan. Jadi tidak berkesempatan untuk melakukan update di blog faizalehsan. Saya juga telah beralih kepada window 10 semula kerana ada beberapa perkara terutamanya berkaitan dengan desain yang tidak dapat saya jayakan dengan menggunakan sistem operasi linux. Namun begitu, dalam minggu lepas, saya cuba-cuba melihat kembali kepada berita-berita sistem linux yang tersiar di blog teknologi dan sebagainya. Dan saya dapati, ada pembaharuan terutamanya berkaitan dengan ubuntu dan Os yang lainnya. Jadi saya download dan mencuba OS ubuntu terbaru tersebut untuk beberapa ketika. Memang ada penambah baikan dari pelbagai aspek. Namun sebenarnya saya lebih tertarik dengan OS Manjaro. Manjaro Linux Manjaro adalah salah satu OS yang semakin meningkat naik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang OS ini, anda boleh klik di sini.   Apa yang membuatkan saya tertarik ialah, Os ini ringan dengan Pc saya dan

Berani mengambil risiko

Bismillah. Alhamdulillah.  Berani mengambil risiko adalah permulaan kepada sesuatu kejayaan. Dalam konteks perniagaan ada banyak risiko yang perlu dihadapi oleh seseorang usahawan. Samada risiko berjaya atau tidak sesuatu produk, risiko gagal dalam perniagaan, risiko akan dikenakan tindakan undang-undang dan sebagainya. Namun apalah gunanya jika hidup tanpa risiko. Tiada cabaran. Itu bermakna kita sudah selesa dan hidup dalam keadaan yang tenteram tanpa gangguan.  Namun Allah s.w.t. Tidak akan membiarkan hambanya duduk dan rileks sahaja. Pastinya Allah akan memberikan kita ujian-ujian supaya kita tidak terus berada di dalam zon selesa dan terima seadanya apa yang berlaku di sekeliling kita.  Begitulah serba sedikit tentang risiko yang ingin saya kongsikan bersama anda. Ada banyak lagi jika ingin dihuraikan tentang risiko yang perlu diambil untuk berjaya dalam kehidupan.  Berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.  P.s: Sekiranya anda mempunyai pendapat untuk dikongsikan, boleh kongs

Nikmat Kesihatan yang sering dilupakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nikmat sihat memang sering kita lupakan. Atau mungkin lebih teruk lagi, kita langsung tak teringat pun akan kepentingan kesihatan tubuh badan kita. Kita hanya memikirkan tentang mencari harta dunia dan juga keseronokan duniawi yang sering membawa kelekaan kepada diri kita sebenarnya. Jika anda mahu merasakan betapa bertuahnya badan anda yang sihat itu, salah satu cara adalah dengan pergi ke masjid. Berjemaah di sana. Di dalam masjid, akan ada mereka yang akan datang dengan berkerusi roda, dengan tongkat dan sebagainya. Jika kita makhluk yang mahu berfikir, kita akan dapat merasai betapa seksanya mereka ini ingin melakukan amal ibadah. Tidakkah kita terfikir? Alhamdulillah, sempat juga saya berjemaah di masjid. Dan kebetulan seorang tua yang memakai tongkat solat di sebelah saya. Betapa rasa bertuahnya mempunyai badan yang sihat dan dapat melakukan amal ibadah dengan senang. Syukur ke hadrat Allah. Orang tua tersebut dengan susah payah mahu d