Bismillah. Alhamdulillah.
Selamat tahun baru 2019 saya ucapkan kepada semua. Bagaimana dengan matlamat anda pada tahun lepas? Sudah terlaksana? Atau masih tersangkut lagi?
Jika berjaya, alhamdulillah, tahniah saya ucapkan. Jika masih belum berjaya, jangan berhenti. Teruskan usaha anda. Insyaallah suatu hari nanti pasti akan berjaya. Yang penting, ambil tindakkan. Jangan duduk beku di situ sahaja. Memang tidak akan kemana.
2019 adalah tahun mencabar kata banyak orang ekonomi. Jika dilihat dari apa yang mereka tulis dan cakapkan di berita.
Namun begitu, kita sebagai usahawan yang mencari rezeki termasuklah yang makan gaji, teruskan usaha dan berdoa agar kita sentiasa dilindungi Allah dari segala macam ujian yang tidak mampu kita tanggung.
Alhamdulillah, saya kini sangat berminat nak ambil tahu tentang sistem linux. Di samping itu juga perniagaan akan terus dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi dari tahun sebelumnya.
Ada banyak matlamat yang ingin di capai khasnya buat diri sendiri dan juga keluarga tercinta. Matlamat kesihatan dan juga kewangan juga perlu sentiasa dititikberatkan.
Sebagai permulaan tahun ini, saya nak cuba buat posting lebih kerap. Selain sibuk menguruskan perniagaan dan juga keluarga, menulis adalah salah satu terapi untuk diri saya sendiri. Bukan untuk mengajar, tetapi sekadar untuk berkongsi dengan pengunjung yang singgah di sini samada sengaja atau tidak sengaja.
Saya cuba kongsi apa-apa teknih dan strategi yang menarik dengan anda. Mudah-mudahan, sedikit perongsian ini memberi manfaat buat diri saya sendiri dan juga anda.
Kita bertemu lagi dalam artikel yang seterusnya.
Oh ya. Terima kasih sekali lagi kerana sudi singgah di sini.
P.s: Jika anda sedang mencari kedai yang boleh buat kad kahwin atau label sticker, tekan link ini ya: Faizal Dot Printing
Comments
Post a Comment