Skip to main content

Bagaimana Mahu Hidup Kita Sentiasa Bersemangat?


Bismillah, Alhamdulillah.

Kehidupan pada hari ini semakin hari semakin mencabar. Tidak kira yang duduk di bandar, dan juga duduk di kampung. Ada yang baik dan ada yang buruk.

Namun, ujian Allah kepada setiap hambanya tidak sama. Ada yang diuji dengan wang ringgit. Ada yang diuji dengan hutang. Ada juga yang diuji dengan masalah dalam keluarga. Hakikatnya, Allah menghidupkan hambanya di atas dunia ini adalah untuk menguji siapakah diantara hambanya yang paling baik amalannya.

Disebabkan ujian-ujian ini, sebagai seorang manusia, adakalanya kita akan patah semangat. Terbeban dengan masalah dan sebagainya boleh menyebabkan kita sering berputus asa untuk meneruskan kehidupan ini.

Saya sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman mahu terus bangkit dari rasa gundah-gulana dan kecewa. Bukanlah bermakna saya tidak pernah kecewa dan bersemangat, tetapi sedikit perkongsian ini mungkin akan memberikan sedikit kelegaan kepada anda yang mungkin ketika ini sedang kecewa dan tidak bersemangat.

1. Mohon pertolongan kepada Allah s.w.t.


Siapa lagi yang lebih layak untuk kita meminta dan merintih jika bukan kepada Allah s.w.t. Allah yang memberikan kebaikan dan Allah juga yang memberikan ujian. Maka, perkara pertama yang boleh anda lakukan adalah berdoa, bermunajat kepada Tuan punya dunia ini iaitu Allah s.w.t.

Pohonlah jalan keluar disamping terus berusaha melakukan aktiviti harian kita.

2. Membaca Al-Quran


Mungkin ramai yang memandang membaca Al-Quran ini tidak dapat menyelesaikan apa-apa masalah. Namun betulkah begitu? Saya cabar anda untuk baca dan terus membaca dengan tenang setiap helaian Al-Quran. Saya yakin dan percaya, anda akan berasa tenang dan tenteram.

3. Membaca buku dan menonton video motivasi


Saya sering melakukan perkara ini setiap kali rasa 'down' atau kurang semangat. Melihat kejayaan orang lain akan memberikan semangat kepada kita untuk berjaya seperti mereka. InsyaAllah, kita boleh ambil kebaikan daripada setiap orang yang Berjaya untuk kita jadikan contoh agar kita juga berjaya seperti mereka.

4. Berkongsi dengan rakan


Saya tekankan untuk berkongsi rasa dengan rakan atau sahabat yang sama jantina iaitu lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. Aktiviti ini juga dapat melepaskan tekanan dan juga kita akan mendapat ilham dan pandangan baharu daripada rakan kita.

Namun begitu, rakan yang perlu dipilih mestilah seorang yang amanah dan sanggup untuk mendengar luahan hati kita. InsyaAllah ada jalannya.

Sebagai kesimpulan, setiap ujian adalah untuk meningkatkan darjat kita kepada yang lebih baik jika kita mengambilnya dengan positif. Tidak ada manusia yang tidak berasa kecewa dalam kehidupan.

Tetapi manusia yang berjaya itu adalah mereka yang cepat bangkit dari kegagalan dan kekecewaan.

Jumpa lagi pada artikel seterusnya.


P.s: Sekiranya anda mempunyai pandangan atau pengalaman, boleh kongsikan dengan saya di ruangan komen.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Install Printer Menggunakan Manjaro Linux

Bismillah. Alhamudlillah. Sejak kebelakangan ini, saya agak sibuk menguruskan perniagaan. Jadi tidak berkesempatan untuk melakukan update di blog faizalehsan. Saya juga telah beralih kepada window 10 semula kerana ada beberapa perkara terutamanya berkaitan dengan desain yang tidak dapat saya jayakan dengan menggunakan sistem operasi linux. Namun begitu, dalam minggu lepas, saya cuba-cuba melihat kembali kepada berita-berita sistem linux yang tersiar di blog teknologi dan sebagainya. Dan saya dapati, ada pembaharuan terutamanya berkaitan dengan ubuntu dan Os yang lainnya. Jadi saya download dan mencuba OS ubuntu terbaru tersebut untuk beberapa ketika. Memang ada penambah baikan dari pelbagai aspek. Namun sebenarnya saya lebih tertarik dengan OS Manjaro. Manjaro Linux Manjaro adalah salah satu OS yang semakin meningkat naik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang OS ini, anda boleh klik di sini.   Apa yang membuatkan saya tertarik ialah, Os ini ringan dengan Pc saya dan

Berani mengambil risiko

Bismillah. Alhamdulillah.  Berani mengambil risiko adalah permulaan kepada sesuatu kejayaan. Dalam konteks perniagaan ada banyak risiko yang perlu dihadapi oleh seseorang usahawan. Samada risiko berjaya atau tidak sesuatu produk, risiko gagal dalam perniagaan, risiko akan dikenakan tindakan undang-undang dan sebagainya. Namun apalah gunanya jika hidup tanpa risiko. Tiada cabaran. Itu bermakna kita sudah selesa dan hidup dalam keadaan yang tenteram tanpa gangguan.  Namun Allah s.w.t. Tidak akan membiarkan hambanya duduk dan rileks sahaja. Pastinya Allah akan memberikan kita ujian-ujian supaya kita tidak terus berada di dalam zon selesa dan terima seadanya apa yang berlaku di sekeliling kita.  Begitulah serba sedikit tentang risiko yang ingin saya kongsikan bersama anda. Ada banyak lagi jika ingin dihuraikan tentang risiko yang perlu diambil untuk berjaya dalam kehidupan.  Berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.  P.s: Sekiranya anda mempunyai pendapat untuk dikongsikan, boleh kongs

Nikmat Kesihatan yang sering dilupakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nikmat sihat memang sering kita lupakan. Atau mungkin lebih teruk lagi, kita langsung tak teringat pun akan kepentingan kesihatan tubuh badan kita. Kita hanya memikirkan tentang mencari harta dunia dan juga keseronokan duniawi yang sering membawa kelekaan kepada diri kita sebenarnya. Jika anda mahu merasakan betapa bertuahnya badan anda yang sihat itu, salah satu cara adalah dengan pergi ke masjid. Berjemaah di sana. Di dalam masjid, akan ada mereka yang akan datang dengan berkerusi roda, dengan tongkat dan sebagainya. Jika kita makhluk yang mahu berfikir, kita akan dapat merasai betapa seksanya mereka ini ingin melakukan amal ibadah. Tidakkah kita terfikir? Alhamdulillah, sempat juga saya berjemaah di masjid. Dan kebetulan seorang tua yang memakai tongkat solat di sebelah saya. Betapa rasa bertuahnya mempunyai badan yang sihat dan dapat melakukan amal ibadah dengan senang. Syukur ke hadrat Allah. Orang tua tersebut dengan susah payah mahu d