Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2016

Setiap Orang Bermakna Untuk Dunia ini.

Alhamdulillah.  Saya banyak belajar tentang kehidupan daripada orang yang lebih dewasa. Kerana merekalah tempat saya merujuk dan meminta pandangan.  Sejak bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat milik pak cik saya, rakan-rakan saya adalah terdiri daripada mereka yang sudah dewasa. Jarang dapat saya berjumpa dengan rakan-rakan yang sebaya ketika itu.  Tetapi begitulah kehidupan yang telah diatur. Mungkin ada hikmahnya. Untuk menjadikan diri menjadi lebih matang apabila sudah berumahtangga dan menjejak umur dewasa. Pengalaman orang lain boleh kita jadikan panduan dan teladan. Walaupun bukan semua perkara adalah benar dan betul. Itu tidak bermakna kita tidak boleh bajar sesuatu.  Hidup ini adalah satu anugerah. Tuhan tidak akan menghantar kita ke dunia ini untuk menjadi seorang yang sia-sia. Tiada manfaat untuk semua orang dan makhluk Allah yang lain. Mudah-mudahan kita tetap belajar. Hatta dari seekor lalat yang kotor.

Perkataan Yang Baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Terima kasih kerana sudi melawat ke blog ini. Mudah-mudahan setiap perkongsian yang diberikan memberikan informasi berguna kepada anda. Tidak sia-sia datang ke sini.  Bekata yang baik itu satu kebajikan  

Kita Yang Menentukan Apa Yang Kita Mahu

Bismillah. Alhamdulillah. Dalam hidup ini ada banyak perkara yang perlu kita pelajari dalam masa yang sangat singkat. Perkembangan teknologi semasa membuatkan kita menjadi lemas dan tertinggal jika kita tidak mengikutnya. Namun benarkah dengan teknologi yang ada, kita sebagai manusia menjadi semakin bijak dan sepintar telefon pintar kita? Tidak menjadi masalah jika kita tahu apa yang kita mahukan dalam hidup. Semua yang disebut di atas hanyalah sebagai alat sahaja. Namun yang akan menentukan berjaya atau tidak kehidupan kita ini adalah usaha kita dan juga kebergantungan kita kepada Allah s.w.t. Apabila kita tahu dan jelas tujuan hidup kita ini, baharulah kita sedar akan kepentingan menyediakan bekalan sebelum kita bertemu dengan yang maha pencipta. Dalam diri setiap orang, ada cita-cita yang diidam-idamkan. Menjadi kaya, berkahwin, mempunyai anak dan sebagainya. Dengan matlamat dan cita-cita kita itulah kita melihat kehidupan kita. Bagaimana kita bekerja dan berusaha ke

IOS 9.3

  Bismillah alhamdulillah. Baru-baru ini pihak apple telah melancarkan produk terbaru mereka iPhone SE. Memang canggih dan mengikut spesifikasi terbaru iPhone6s. Cumanya ada beberapa bahagian yang tidak sama dan boleh dikatakan harganya mampu milik. Saya juga amat meminati gajet dan mengikuti serba sedikit perkembangan teknologi hari ini. Jika nak diikutkan memang tak terkejar jika kita ini jenis yang suka bertukar-tukar gajet.  Berbalik semula kepada tajuk asal, di samping produk terbaru, ada juga kemaskini dari segi sistem oleh pihak apple. Ini adalah antara keistimewaan mereka yang membeki produk apple. Mereka tetap mendapat kemaskini terbaru jika sistem baharu dilancarkan. Sistem ios 9.3 Pada awal pelancarannya terdapat sedikit masalah kepada pengguna yanf menggunakan model lama ipad dan iphone. Mereka tidak dapat tersu update kerana masalah pada login. Jika terlupa password, maka update tidak dapat diteruskan. Namun perkara ini telah dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Say

Terkini April 2016

Bismillah. Alhamdulillah.  Sudah lama saya ingin update blog yang semakin lama semakin jarang diupdate ini. Ada banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun ini. Kisah suka dan duka dalam kehidupan.  Namun begitu, saya mengumpul kekuatan dan mencari masa yang sesuai untuk menulis sesuatu yang berguna untuk agama dan anak bangsa. Kerana setiap apa yang ditulis itu akan dihitung, maka perlukan sedikit masa untuk membuat tapisan. Anak sebagai penyeri hidup berumah tangga.  Alhamdulillah, saya sudah bergelar seorang ayah. Ketika catatan ini ditulis, umur anak saya sudah pun sebulan lebih. Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah yang mengurniakan rezekimkepada setiap hambanya. Bukan semua orang berpeluang untuk menjadi seorang ayah, dan saya sangat faham akan perasaan itu.  Mohon maaf kerana artikel kali ini lebih berbentuk peribadi. Meraikan nikmat kurniaan Tuhan yang saya rasa semua orang yang mempunyai anak merasainya. Tulisan ini juga mungkin akan dibaca oleh anak kami bila kami sudah