Skip to main content

Bersabar Dalam Berusaha


Bersabar. Banyak orang tahu perkataan ini. Dan pasti ada juga yang tahu maksud perkataan sabar.

Banyak perkara yang berlaku dalam hidup ini, memerlukan kesabaran yang tinggi. Hendak solat, kena bersabar, hendak berjaya, kena bersabar, nak kahwin juga perlukan kesabaran.

Saya melihat dan merenung ke dalam diri. Apakah selama ini saya benar-benar sabar dalam menempuh setiap ujian yang diberikan oleh Allah s.w.t. Kebanyakan kita mampu untuk berkata sabar, namun sebenarnya hakikat sebenar hanya tuan yang empunya badan yang lebih tahu.

Bersabar dalam berusaha


Tidak mudah untuk menerima hakikat sebuah kegagalan. Namun pasangan kepada kegagalan adalah kejayaan. Adakah kita mahu mengasingkan pasangan kejayaan tersebut? Tidak mungkin.

Jadi apa yang perlu kita tekankan di dalam setiap tindakan kita adalah, sentiasa bersabar dan senyum. Kerana lumrah dunia ini adalah ujian kepada setiap yang bergelar makhluk.

Ada perkara yang saya lakukan menemui kegagalan. Kejayaan bukanlah suatu cerita indah sahaja tanpa disulam dengan kegagalan di belakangnya. Namun begitu, hakikat manusia, lebih gemar mendengar dan bercerita tentang kejayaan berbanding kegagalan.

Bangkit dari sebuah kekecewaan


Sebagai manusia, bohonglah jika kita tidak akan berasa kecewa setiap kali gagal dalam melakukan sesuatu. Gagal dalam peperiksaan, gagal dalam perniagaan, gagal dalam bercinta dan sebagainya.

Namun dunia ini masih belum kiamat. Selagi Allah memberikan kita nyawa, tugas kita adalah melakukan sesuatu yang lebih baik dari semalam. Tiada usaha, tiada hasil.

Bangkit dan terus melangkah. Kerana jalan menuju kejayaan sebenarnya semakin hampir jika kita tidak pernah mengaku kalah dalam berusaha, berdoa dan berjuang.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Install Printer Menggunakan Manjaro Linux

Bismillah. Alhamudlillah. Sejak kebelakangan ini, saya agak sibuk menguruskan perniagaan. Jadi tidak berkesempatan untuk melakukan update di blog faizalehsan. Saya juga telah beralih kepada window 10 semula kerana ada beberapa perkara terutamanya berkaitan dengan desain yang tidak dapat saya jayakan dengan menggunakan sistem operasi linux. Namun begitu, dalam minggu lepas, saya cuba-cuba melihat kembali kepada berita-berita sistem linux yang tersiar di blog teknologi dan sebagainya. Dan saya dapati, ada pembaharuan terutamanya berkaitan dengan ubuntu dan Os yang lainnya. Jadi saya download dan mencuba OS ubuntu terbaru tersebut untuk beberapa ketika. Memang ada penambah baikan dari pelbagai aspek. Namun sebenarnya saya lebih tertarik dengan OS Manjaro. Manjaro Linux Manjaro adalah salah satu OS yang semakin meningkat naik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang OS ini, anda boleh klik di sini.   Apa yang membuatkan saya tertarik ialah, Os ini ringan dengan Pc saya dan

Berani mengambil risiko

Bismillah. Alhamdulillah.  Berani mengambil risiko adalah permulaan kepada sesuatu kejayaan. Dalam konteks perniagaan ada banyak risiko yang perlu dihadapi oleh seseorang usahawan. Samada risiko berjaya atau tidak sesuatu produk, risiko gagal dalam perniagaan, risiko akan dikenakan tindakan undang-undang dan sebagainya. Namun apalah gunanya jika hidup tanpa risiko. Tiada cabaran. Itu bermakna kita sudah selesa dan hidup dalam keadaan yang tenteram tanpa gangguan.  Namun Allah s.w.t. Tidak akan membiarkan hambanya duduk dan rileks sahaja. Pastinya Allah akan memberikan kita ujian-ujian supaya kita tidak terus berada di dalam zon selesa dan terima seadanya apa yang berlaku di sekeliling kita.  Begitulah serba sedikit tentang risiko yang ingin saya kongsikan bersama anda. Ada banyak lagi jika ingin dihuraikan tentang risiko yang perlu diambil untuk berjaya dalam kehidupan.  Berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.  P.s: Sekiranya anda mempunyai pendapat untuk dikongsikan, boleh kongs

Nikmat Kesihatan yang sering dilupakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nikmat sihat memang sering kita lupakan. Atau mungkin lebih teruk lagi, kita langsung tak teringat pun akan kepentingan kesihatan tubuh badan kita. Kita hanya memikirkan tentang mencari harta dunia dan juga keseronokan duniawi yang sering membawa kelekaan kepada diri kita sebenarnya. Jika anda mahu merasakan betapa bertuahnya badan anda yang sihat itu, salah satu cara adalah dengan pergi ke masjid. Berjemaah di sana. Di dalam masjid, akan ada mereka yang akan datang dengan berkerusi roda, dengan tongkat dan sebagainya. Jika kita makhluk yang mahu berfikir, kita akan dapat merasai betapa seksanya mereka ini ingin melakukan amal ibadah. Tidakkah kita terfikir? Alhamdulillah, sempat juga saya berjemaah di masjid. Dan kebetulan seorang tua yang memakai tongkat solat di sebelah saya. Betapa rasa bertuahnya mempunyai badan yang sihat dan dapat melakukan amal ibadah dengan senang. Syukur ke hadrat Allah. Orang tua tersebut dengan susah payah mahu d