Skip to main content

Pentingnya Mempunyai Blog Backup


Bismillah.

Baru-baru ini saya telah memindahkan blog peribadi saya faizalehsan.com ke hosting yang baru. Dalam proses tersebut, ada beberapa masalah teknikal yang timbul.

Akibatnya, saya tidak dapat update perkembangan terbaru di blog tersebut. Oh!..

Rasanya tangan ini sudah mula gatal-gatal mahu menulis tentang apa yang dipelajari dalam mingu-minggu awal tahun 2015 ini. Banyak perkara sebenarnya yang kita boleh belajar. Jika kita amati betul-betul perjalanan hidup ini.

Untungnya jika kita memiliki backup

Blog ini pada asalnya memang sudah diniatkan sebagai backup kepada blog dot com saya. Jika berlaku sesuatu ke atas domain tersebut, maka blog ini masih ada untuk saya menulis sesuatu.

Alhamdulillah, memang perkara itu benar-benar berlaku. Oh!..

Saya tidak dapat akses ke akaun tersebut dalam masa beberapa hari ini. Memang agak ralat sedikit kerana ada beberapa perkara penting yang ingin saya kongsikan. Tetapi tidak mengapalah, blog ini masih ada untuk anda baca dan dapatkan maklmumat.

Proses pemindahan domain tersebut mengambil masa selama 24 hingga 72 jam. Memang agak lama. Namun begitu, proses memindahkan domain ke hosting baru sebelum ini tidaklah begitu lama seperti sekarang. Saya masih berdebar menunggu apakah proses tersebut akan berjaya.

Ini adalah kerana domain itu adalah domain utama saya.

Rangkuman

Insyaa Allah saya akan cuba update selepas  proses pemindahan tersebut samada berjaya atau gagal. Jika kita mencuba, kita tidak akan tahu adakah berjaya atau tidak. Proses ini juga menyebabkan saya terpaksa mengambil risiko yang agak besar.

Doakan semoga segala proses ini akan berjalan lancar.

P.s Adakah anda mempunyai pengalaman dalam memindahkan domain dan hosting? Kongsikan bersama di ruangan komen. :)

Comments

Popular posts from this blog

Cara Install Printer Menggunakan Manjaro Linux

Bismillah. Alhamudlillah. Sejak kebelakangan ini, saya agak sibuk menguruskan perniagaan. Jadi tidak berkesempatan untuk melakukan update di blog faizalehsan. Saya juga telah beralih kepada window 10 semula kerana ada beberapa perkara terutamanya berkaitan dengan desain yang tidak dapat saya jayakan dengan menggunakan sistem operasi linux. Namun begitu, dalam minggu lepas, saya cuba-cuba melihat kembali kepada berita-berita sistem linux yang tersiar di blog teknologi dan sebagainya. Dan saya dapati, ada pembaharuan terutamanya berkaitan dengan ubuntu dan Os yang lainnya. Jadi saya download dan mencuba OS ubuntu terbaru tersebut untuk beberapa ketika. Memang ada penambah baikan dari pelbagai aspek. Namun sebenarnya saya lebih tertarik dengan OS Manjaro. Manjaro Linux Manjaro adalah salah satu OS yang semakin meningkat naik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang OS ini, anda boleh klik di sini.   Apa yang membuatkan saya tertarik ialah, Os ini ringan dengan Pc saya dan

Berani mengambil risiko

Bismillah. Alhamdulillah.  Berani mengambil risiko adalah permulaan kepada sesuatu kejayaan. Dalam konteks perniagaan ada banyak risiko yang perlu dihadapi oleh seseorang usahawan. Samada risiko berjaya atau tidak sesuatu produk, risiko gagal dalam perniagaan, risiko akan dikenakan tindakan undang-undang dan sebagainya. Namun apalah gunanya jika hidup tanpa risiko. Tiada cabaran. Itu bermakna kita sudah selesa dan hidup dalam keadaan yang tenteram tanpa gangguan.  Namun Allah s.w.t. Tidak akan membiarkan hambanya duduk dan rileks sahaja. Pastinya Allah akan memberikan kita ujian-ujian supaya kita tidak terus berada di dalam zon selesa dan terima seadanya apa yang berlaku di sekeliling kita.  Begitulah serba sedikit tentang risiko yang ingin saya kongsikan bersama anda. Ada banyak lagi jika ingin dihuraikan tentang risiko yang perlu diambil untuk berjaya dalam kehidupan.  Berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.  P.s: Sekiranya anda mempunyai pendapat untuk dikongsikan, boleh kongs

Nikmat Kesihatan yang sering dilupakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nikmat sihat memang sering kita lupakan. Atau mungkin lebih teruk lagi, kita langsung tak teringat pun akan kepentingan kesihatan tubuh badan kita. Kita hanya memikirkan tentang mencari harta dunia dan juga keseronokan duniawi yang sering membawa kelekaan kepada diri kita sebenarnya. Jika anda mahu merasakan betapa bertuahnya badan anda yang sihat itu, salah satu cara adalah dengan pergi ke masjid. Berjemaah di sana. Di dalam masjid, akan ada mereka yang akan datang dengan berkerusi roda, dengan tongkat dan sebagainya. Jika kita makhluk yang mahu berfikir, kita akan dapat merasai betapa seksanya mereka ini ingin melakukan amal ibadah. Tidakkah kita terfikir? Alhamdulillah, sempat juga saya berjemaah di masjid. Dan kebetulan seorang tua yang memakai tongkat solat di sebelah saya. Betapa rasa bertuahnya mempunyai badan yang sihat dan dapat melakukan amal ibadah dengan senang. Syukur ke hadrat Allah. Orang tua tersebut dengan susah payah mahu d