Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Apa Yang Menarik Tentang Tipperniagaan Dot Com?

Alhamdulillah, kita sudah hampir sampai ke penghujung tahun 2015. Banyak perkara yang telah berlaku dalam tempoh ini kepada saya secara peibadi dan juga syarikat. Tahun ini merupakan tahun yang sangat mencabar bagi perniagaan samada besar ataupun kecil baru atau lama. Keadaan ekonomi yang tidak stabil turut member kesan kepada perniagaan. Namun begitu, sebagai seorang usahawan yang hebat, kita tidak boleh berputus asa. Kita perlu mencari jalan penyelesaian kepada setipa masalah yang timbul. Saya telah memulakan satu lagi start up terbaru iaitu tipperniagaan.com. Website ini memfokuskan kepada tip-tip perniagaan dari pelbagai sudut mengikut kategori yang telah kami rancang. Antara kategori menarik yang boleh menjadi panduan buat anda adalah kategori start-up, media sosial dan sebagainya. Untuk mencari website ataupun blog yang memfokuskan kepada tip dan strategi perniagaan dalam Bahasa Melayu bukanlah mudah. Dengan itu kami mengambil inisiatif membina platform ini untuk

Bersabar Dalam Berusaha

Bersabar. Banyak orang tahu perkataan ini. Dan pasti ada juga yang tahu maksud perkataan sabar. Banyak perkara yang berlaku dalam hidup ini, memerlukan kesabaran yang tinggi. Hendak solat, kena bersabar, hendak berjaya, kena bersabar, nak kahwin juga perlukan kesabaran. Saya melihat dan merenung ke dalam diri. Apakah selama ini saya benar-benar sabar dalam menempuh setiap ujian yang diberikan oleh Allah s.w.t. Kebanyakan kita mampu untuk berkata sabar, namun sebenarnya hakikat sebenar hanya tuan yang empunya badan yang lebih tahu. Bersabar dalam berusaha Tidak mudah untuk menerima hakikat sebuah kegagalan. Namun pasangan kepada kegagalan adalah kejayaan. Adakah kita mahu mengasingkan pasangan kejayaan tersebut? Tidak mungkin. Jadi apa yang perlu kita tekankan di dalam setiap tindakan kita adalah, sentiasa bersabar dan senyum. Kerana lumrah dunia ini adalah ujian kepada setiap yang bergelar makhluk. Ada perkara yang saya lakukan menemui kegagalan. Kejayaan bukanlah sua

Kepentingan Mempunyai Pendapatan Pasif

Bismillah. Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana masih memberikan peluang kepada kita untuk hidup lagi pada hari ini. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog ini. Untuk pengetahuan anda berdasarkan artikel yang lepas, saya sudah berjaya memindahkan data ke hosting yang baru. Pada mulanya memakan masa yang agak lama. Saya fikirkan ianya adalah disebabkan masalah hosting, tetapi ia melibatkan masalah teknikal. Disebabkan masalah teknikal yang berlaku, maka proses untuk memindahkan file memakan sedikit masa. Projek pendapat pasif Baru-baru ini saya sedang mengkaji beberapa program buat duit iaitu program menjana pendapatan secara pasif. Program ini memang bagus untuk menambahkan pendapatan dan sekaligus mampu untuk membawa kita kepada bebas kewangan. Bebas kewangan adalah impian setiap orang. Bebas dari belenggu hutang dan kemiskinan. Insya Allah bermula sekarang, saya akan kongsikan program menjana pendapatan secara pasif di blog ini. 

Pentingnya Mempunyai Blog Backup

Bismillah. Baru-baru ini saya telah memindahkan blog peribadi saya faizalehsan.com ke hosting yang baru. Dalam proses tersebut, ada beberapa masalah teknikal yang timbul. Akibatnya, saya tidak dapat update perkembangan terbaru di blog tersebut. Oh!.. Rasanya tangan ini sudah mula gatal-gatal mahu menulis tentang apa yang dipelajari dalam mingu-minggu awal tahun 2015 ini. Banyak perkara sebenarnya yang kita boleh belajar. Jika kita amati betul-betul perjalanan hidup ini. Untungnya jika kita memiliki backup Blog ini pada asalnya memang sudah diniatkan sebagai backup kepada blog dot com saya. Jika berlaku sesuatu ke atas domain tersebut, maka blog ini masih ada untuk saya menulis sesuatu. Alhamdulillah, memang perkara itu benar-benar berlaku. Oh!.. Saya tidak dapat akses ke akaun tersebut dalam masa beberapa hari ini. Memang agak ralat sedikit kerana ada beberapa perkara penting yang ingin saya kongsikan. Tetapi tidak mengapalah, blog ini masih ada untuk anda baca dan da