Dalam agama kita Islam, memang kita disarankan untuk bekerja mencari rezeki yang halal untuk diri dan juga keluarga. Selain itu juga, apa yang kita cari itu semestinya kena berkat. Kalau tidak berkat, bermacam perkara yang tidak elok boleh berlaku kepada diri dan keluarga.
Saya yakin dan percaya ramai yang tahu semua ini. Baru-baru ini Majlis Fatwa telah mengumumkan bahawa urusniaga tukaran wang dalah HARAM. Perniagaan ini adalah perniagaan Forex yang mungkin ramai di antara anda yang menceburi bidang ini.
Memang 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Saranan ini adalah benar dan betul selagi mana ianya menepati hukum syara' dan tidak melanggar undang-undang. Maka sebelum kita melakukan sebarang bentuk perniagaan, lakukan kajian dengan terpeinci setiap dari sudut untuk mengelakkan kita melanggar hukum Islam.
Bagi mereka yang bukan beragama Islam, itu adalah terpulang kepada mereka. Apa yang ingin ditekankan disini adalah untuk umat Islam khasnya. Janganlah sampai apa yang kita kejar nampak baik dan hebat di dunia, tetapi di hari pembalasan nanti kita adalah insan yang paling miskin sekali akibat perbuatan kita melanggar hukum syara'.
Saya doakan kita semua diberkati dalam apa jua pekerjaan samada berniaga atau bekerja. Kesemuanya dalah untuk mendapat redha Allah s.w.t.
Apalah gunanya wang bertimbun, jika redha Allah kita tidak dapat?
Sekian,
Faizal Ensan
www.cahayamentarimarketing.com
www.faizalehsan.com
-Posted using BlogPress from my iPad
Comments
Post a Comment