Skip to main content

Manusia Istimewa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Allah s.w.t telah melahirkan kita dalam pelbagai keadaan dan keistimewaan. Ada yang dilahirkan sempurna dan ada juga yang dilahirkan tidak sempurna.

Bagi mereka yang dilahirkan cukup sifatnya, kita kadang-kadang lupa kepada mereka yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup sifat. Malah mungkin kita juga turut mempunyai rasa benci terhadap mereka ini. Adakah pernyataan saya ini benar atau tidak, anda tanyalah diri sendiri.

Namun begitu, sedarkah kita bahawa, mereka ini semua adalah ahli-ahli syurga? Tempat mereka ini kesemuanya telah dijamin oleh Allah ta'ala. Sedangkan kita yang cukup sifat ini belum tentu lagi dimasukkan ke dalam syurga idaman setiap manusia di muka bumi ini.

Saya dapat merasakan keseronokan apabila bergaul dengan mereka yang istimewa tersebut. Ini kerana kakak saya sendiri adalah dari golongan "istimewa". Saya selalu menghantar kakak ke PDK berhampiran dengan rumah. Buat pengetahuan anda juga, PDK adalah dibawah Jabatan kebajikan masyarakat. Golongan ini sentiasa mendapat pembelaan dari kerajaan.



Apa yang menyentuh hati adalah, setiap kali saya sampai ke PDK tersebut, pasti ada seorang dari budak PDK ini yang datang ke kereta dan bersalam dengan saya. Ada ketikanya, siap peluk lagi...haha. Begitulah indahnya kejadian Allah s.w.t. Mereka mungkin tidak cukup akalnya berbanding kita, tetapi mereka ini cukup dengan kasih sayang.




Saya akui, ada dikalangan masyarakat kita yang memandang sepi kepada mereka yang kurang akal ini. Bukan itu sahaja, ada yang cacat anggota. Mereka yang sanggup untuk membela mereka ini pasti mempunyai satu sifat prihatin yang tinggi dalam diri. Membela mereka memerlukan kesabaran yang tinggi. Tidak mudah. Semoga mereka yang terlibat dalam menguruskan hal ehwal orang "istimewa" ini akan diberikan ganjaran pahala yang setimpal oleh Allah s.w.t.

Kesimpulan

Saya ingin mengingatkan diri saya san anda semua, kita adalah makhluk ciptaan Allah s.w.t. Tiada satupun yang sempurna melainkan Allah s.w.t. Apa sahaja yang diciptakan adalah yang terbaik untuk kita. Dalam masa yang sama, jangan sekali-kali kita memandang hins kepada mereka yang berlainan keupayaan dengan kita.

Apa yang akan dihitung oleh Allah adalah amalan kita. Bukan kekayaan dan bukan juga berapa banyak aset yang kita ada. Semoga perkongsian ini memberi sedikit kesedaran kepada kita semua. Saya bukanlah orang yang layak untuk menegur anda semua, sekadar berkongsi apa yang ada.

Berjumpa lagi pada artikel akan datang.

- Posted using BlogPress from my iPad


Comments

Popular posts from this blog

Cara Install Printer Menggunakan Manjaro Linux

Bismillah. Alhamudlillah. Sejak kebelakangan ini, saya agak sibuk menguruskan perniagaan. Jadi tidak berkesempatan untuk melakukan update di blog faizalehsan. Saya juga telah beralih kepada window 10 semula kerana ada beberapa perkara terutamanya berkaitan dengan desain yang tidak dapat saya jayakan dengan menggunakan sistem operasi linux. Namun begitu, dalam minggu lepas, saya cuba-cuba melihat kembali kepada berita-berita sistem linux yang tersiar di blog teknologi dan sebagainya. Dan saya dapati, ada pembaharuan terutamanya berkaitan dengan ubuntu dan Os yang lainnya. Jadi saya download dan mencuba OS ubuntu terbaru tersebut untuk beberapa ketika. Memang ada penambah baikan dari pelbagai aspek. Namun sebenarnya saya lebih tertarik dengan OS Manjaro. Manjaro Linux Manjaro adalah salah satu OS yang semakin meningkat naik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang OS ini, anda boleh klik di sini.   Apa yang membuatkan saya tertarik ialah, Os ini ringan dengan Pc saya dan

Berani mengambil risiko

Bismillah. Alhamdulillah.  Berani mengambil risiko adalah permulaan kepada sesuatu kejayaan. Dalam konteks perniagaan ada banyak risiko yang perlu dihadapi oleh seseorang usahawan. Samada risiko berjaya atau tidak sesuatu produk, risiko gagal dalam perniagaan, risiko akan dikenakan tindakan undang-undang dan sebagainya. Namun apalah gunanya jika hidup tanpa risiko. Tiada cabaran. Itu bermakna kita sudah selesa dan hidup dalam keadaan yang tenteram tanpa gangguan.  Namun Allah s.w.t. Tidak akan membiarkan hambanya duduk dan rileks sahaja. Pastinya Allah akan memberikan kita ujian-ujian supaya kita tidak terus berada di dalam zon selesa dan terima seadanya apa yang berlaku di sekeliling kita.  Begitulah serba sedikit tentang risiko yang ingin saya kongsikan bersama anda. Ada banyak lagi jika ingin dihuraikan tentang risiko yang perlu diambil untuk berjaya dalam kehidupan.  Berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.  P.s: Sekiranya anda mempunyai pendapat untuk dikongsikan, boleh kongs

Nikmat Kesihatan yang sering dilupakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nikmat sihat memang sering kita lupakan. Atau mungkin lebih teruk lagi, kita langsung tak teringat pun akan kepentingan kesihatan tubuh badan kita. Kita hanya memikirkan tentang mencari harta dunia dan juga keseronokan duniawi yang sering membawa kelekaan kepada diri kita sebenarnya. Jika anda mahu merasakan betapa bertuahnya badan anda yang sihat itu, salah satu cara adalah dengan pergi ke masjid. Berjemaah di sana. Di dalam masjid, akan ada mereka yang akan datang dengan berkerusi roda, dengan tongkat dan sebagainya. Jika kita makhluk yang mahu berfikir, kita akan dapat merasai betapa seksanya mereka ini ingin melakukan amal ibadah. Tidakkah kita terfikir? Alhamdulillah, sempat juga saya berjemaah di masjid. Dan kebetulan seorang tua yang memakai tongkat solat di sebelah saya. Betapa rasa bertuahnya mempunyai badan yang sihat dan dapat melakukan amal ibadah dengan senang. Syukur ke hadrat Allah. Orang tua tersebut dengan susah payah mahu d