Skip to main content

Apa perkembangan terbaru?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk terus hidup pada hari ini. Hari ini adalah hari Jumaat, penghuku segala hari. Apa khabar anda semua? Semoga berada dalam keadaan sihat hendaknya. Maklum sahajalah, sekarang sedang musim hujan. Ada juga beberapa negeri pantai timur yang sudah mula banjir.

Hari ini baru tergerak hati hendak update blog. Bukan hendak memberi alasan yang lapuk, tetapi inilah hakikatnya manusia. Ada masa naik dan turunnya. Namun, kalau kita tahu apa yang kita buat, insyaAllah akan ada jalan keluar untuk mengatasi setiap masalah.

Semalam saya ada buat satu lagi blog baru. Tujuaanya adalah untuk beri Tip PERCUMA kepada setiap orang berkaitan dengan blog. Bagaimana untuk membina blog yang efektif dan disukai ramai. Saya akan menulis berdasarkan kepada pengalaman dan juga pembacaan. Saya akui, saya bukanlah hebat dalam menulis blog. Sekadar berkongsi sedikit apa yang saya tahu. Ini juga adalah sebagai sumbangan kecil saya kepada anda semua. ;)

Minggu ini juga saya masih  lagi menunggu respos dari para pembekal untuk mendapatkan stok yang sudah habis dekat 3 minggu. Kepala buntu memikirkan apakah yang harus dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini. Dengarnya akibat dari banjir besar yang melanda negara jiran, bahan mentah sukar untuk didapati untuk membuat bihun.

Selain itu, stok-stok air juga semakin berkurangan. Ini menambahkan sakit kepala untuk mendapatkan stok baru kerana kemampuan kewangan semakin menekan sekarang ini. Semoga Allah memudahkan usaha saya dalam menghadapi situasi sukar ini.

Saya bukanlah mahu membuka pekung di dada dengan menulis di sini. Mungkin ada dikalangan kita yang akan mengatakan saya membuka rahsia diri sendiri. Tetapi bagi saya tidak, kerana di sini adalah cara untuk saya sampaikan rasa hati saya. Mungkin akan berguna untuk generasi akan datang supaya tidak melakukan kesilapan yang sama dalam menguruskan perniagaan.

Mulai artikel ini, saya akan berhentikan cerita mengenai Herbalife. Saya akan menumpukan kepada penulisan tip dan juga peribadi. Walaupun pada asalnya, saya ingin menggunakan blog ini untuk mempromosikan produk tersebut, tetapi adalah lebih baik saya bina satu lagi blog khas untuk melakukan promosi. Semoga ianya bermanfaat.

Ok, kita sambung pada artikel seterusnya mengenai perkembangan diri saya dan juga mungkin ada beberapa panduan penting yang akan saya beri khas untuk anda.

Hidup mesti diteruskan selagi bernafas!

Oh ya, alamat blog baru tersebut adalah tip-blogging.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Cara Install Printer Menggunakan Manjaro Linux

Bismillah. Alhamudlillah. Sejak kebelakangan ini, saya agak sibuk menguruskan perniagaan. Jadi tidak berkesempatan untuk melakukan update di blog faizalehsan. Saya juga telah beralih kepada window 10 semula kerana ada beberapa perkara terutamanya berkaitan dengan desain yang tidak dapat saya jayakan dengan menggunakan sistem operasi linux. Namun begitu, dalam minggu lepas, saya cuba-cuba melihat kembali kepada berita-berita sistem linux yang tersiar di blog teknologi dan sebagainya. Dan saya dapati, ada pembaharuan terutamanya berkaitan dengan ubuntu dan Os yang lainnya. Jadi saya download dan mencuba OS ubuntu terbaru tersebut untuk beberapa ketika. Memang ada penambah baikan dari pelbagai aspek. Namun sebenarnya saya lebih tertarik dengan OS Manjaro. Manjaro Linux Manjaro adalah salah satu OS yang semakin meningkat naik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang OS ini, anda boleh klik di sini.   Apa yang membuatkan saya tertarik ialah, Os ini ringan dengan Pc saya dan

Berani mengambil risiko

Bismillah. Alhamdulillah.  Berani mengambil risiko adalah permulaan kepada sesuatu kejayaan. Dalam konteks perniagaan ada banyak risiko yang perlu dihadapi oleh seseorang usahawan. Samada risiko berjaya atau tidak sesuatu produk, risiko gagal dalam perniagaan, risiko akan dikenakan tindakan undang-undang dan sebagainya. Namun apalah gunanya jika hidup tanpa risiko. Tiada cabaran. Itu bermakna kita sudah selesa dan hidup dalam keadaan yang tenteram tanpa gangguan.  Namun Allah s.w.t. Tidak akan membiarkan hambanya duduk dan rileks sahaja. Pastinya Allah akan memberikan kita ujian-ujian supaya kita tidak terus berada di dalam zon selesa dan terima seadanya apa yang berlaku di sekeliling kita.  Begitulah serba sedikit tentang risiko yang ingin saya kongsikan bersama anda. Ada banyak lagi jika ingin dihuraikan tentang risiko yang perlu diambil untuk berjaya dalam kehidupan.  Berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.  P.s: Sekiranya anda mempunyai pendapat untuk dikongsikan, boleh kongs

Nikmat Kesihatan yang sering dilupakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nikmat sihat memang sering kita lupakan. Atau mungkin lebih teruk lagi, kita langsung tak teringat pun akan kepentingan kesihatan tubuh badan kita. Kita hanya memikirkan tentang mencari harta dunia dan juga keseronokan duniawi yang sering membawa kelekaan kepada diri kita sebenarnya. Jika anda mahu merasakan betapa bertuahnya badan anda yang sihat itu, salah satu cara adalah dengan pergi ke masjid. Berjemaah di sana. Di dalam masjid, akan ada mereka yang akan datang dengan berkerusi roda, dengan tongkat dan sebagainya. Jika kita makhluk yang mahu berfikir, kita akan dapat merasai betapa seksanya mereka ini ingin melakukan amal ibadah. Tidakkah kita terfikir? Alhamdulillah, sempat juga saya berjemaah di masjid. Dan kebetulan seorang tua yang memakai tongkat solat di sebelah saya. Betapa rasa bertuahnya mempunyai badan yang sihat dan dapat melakukan amal ibadah dengan senang. Syukur ke hadrat Allah. Orang tua tersebut dengan susah payah mahu d