Skip to main content

Selamat Datang. Perjuangan yang murni mesti diteruskan sekarang!

Ihsan dari http://toenas2011.files.wordpress.com

Assalamualikum dan selamat sejahtera.

Alhmdulillah..

Syukur ke hadrat Allah s.w.t. Akhirnya saya memberanikan diri untuk melakukan satu lagi tindakan yang sudah lama saya fikirkan. Apakah tindakan itu? Iaitu membina blog sebagai diari harian saya dalam usaha untuk menurunkan berat badan. kalau sebut menguruskan nampak macam skema pula hehe.

Ini merupakan post pertama saya kepada rakan-rakan yang mungkin mengalami masalah yang sama dengan saya. Tujuan utamanya adalah sebagai diari harian sahaja. Pada masa yang sama saya akan cuba bantu rakan-rakan semua dengan pelbagai tip-tip yang berguna untuk dilakukan sebagai perkongsian disamping diari yang mungkin akan membosankan anda.

Sebenarnya saya tidak pasti, atau mungkin anggapan saya betul, berat badan berlebihan dan obesiti kurang dititik beratkan oleh golongan lelaki. Mungkin juga kerana ego kita yang menganggap bahawa badan yang besar tidak memberi apa-apa kesan keapada kesihatan. Setakat kena perli, apalah sangat kan?hehe.

Kenapa saya berkata demikian? kerana saya sudah banyak membuat blogwalking (kata omputih macam ni lah kot) dan susah untuk berjumpa dengan blog lelaki yang menceritakan tentang kesihatan dan juga kisah penurunan berat badan. Kenapa? saya anggap kita sebenarnya mempunyai ego yang tinggi dan juga malu pada diri. Kita lebih suka bercerita tentang hal bolasepak, kenapa fernando torres tak skor-skor lagi? hal-hal berkaitan politik dan sebagainya bukan? Itu lebih mudah buat kita  orang lelaki.

Saya juga tidaklah dalam kategori gemuk sangat. Cuma overweight... haha. Jadi dengan rasa rendah diri dan sukacita, saya lancarkan blog ini untuk tatapan para lelaki yang mungkin malu-malu kucing untuk menurunkan berat badan.

Biasanya, golongan lelaki akan lebih kurus dan handsome hanya sebelum bernikah. Bila sudah bernikah, mesti berat badan sudah tidak dikawal lagi. Almaklumlah, segalanya terurus dengan sempurna dengan adanya isteri kesayangan kita kan? Jadi, apakata kali ini kita tukar. Lebihkan usaha untuk menjaga kesihatan bersama keluarga. Orang lelakikan pemimpin kepada keluarga. Sebagai pemimpin kita kenalah menunjukkan contoh yang baik kepada ahli keluarga kita. Kalau kita tidak menjaga kesihatan, bagaimana pula dengan ahli keluarga kita? Sudah tentu jawapannya hancur.

Saya rasa cukuplah sekadar permulaan yang membanggakan ini. Oh ya, satu peringatan kepada diri sendiri dan juga kawan-kawan blogger semua. Tolonglah gunakan bahasa melayu yang betul dalam menulis blog. Yer..saya tau, saya faham, blog awak, awak punya sukalah kan? Tetapi bagi saya, perkara ini sangat mengganggu. Bila kita menulis dengan bahasa singkatan, otak ni memang payah nak proses perkataan yang tidak lengkap. Macam bas yang berhenti-berhenti ambil penumpang tu. Selalu sangat-sangkut.

Mungkin juga ini adalah bahasa anak-anak muda zaman sekarang. Suka gunakan perkataan singkat. Kalau dalam sms tu bolehla dimaafkan lagi kan?

Semoga perkongsian saya nanti akan memberi manfaat kepada anda semua. Selalulah jenguk ke blog ini ye. ;)

Berjumpa lagi...

Comments

Popular posts from this blog

Cara Install Printer Menggunakan Manjaro Linux

Bismillah. Alhamudlillah. Sejak kebelakangan ini, saya agak sibuk menguruskan perniagaan. Jadi tidak berkesempatan untuk melakukan update di blog faizalehsan. Saya juga telah beralih kepada window 10 semula kerana ada beberapa perkara terutamanya berkaitan dengan desain yang tidak dapat saya jayakan dengan menggunakan sistem operasi linux. Namun begitu, dalam minggu lepas, saya cuba-cuba melihat kembali kepada berita-berita sistem linux yang tersiar di blog teknologi dan sebagainya. Dan saya dapati, ada pembaharuan terutamanya berkaitan dengan ubuntu dan Os yang lainnya. Jadi saya download dan mencuba OS ubuntu terbaru tersebut untuk beberapa ketika. Memang ada penambah baikan dari pelbagai aspek. Namun sebenarnya saya lebih tertarik dengan OS Manjaro. Manjaro Linux Manjaro adalah salah satu OS yang semakin meningkat naik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang OS ini, anda boleh klik di sini.   Apa yang membuatkan saya tertarik ialah, Os ini ringan dengan Pc saya dan

Berani mengambil risiko

Bismillah. Alhamdulillah.  Berani mengambil risiko adalah permulaan kepada sesuatu kejayaan. Dalam konteks perniagaan ada banyak risiko yang perlu dihadapi oleh seseorang usahawan. Samada risiko berjaya atau tidak sesuatu produk, risiko gagal dalam perniagaan, risiko akan dikenakan tindakan undang-undang dan sebagainya. Namun apalah gunanya jika hidup tanpa risiko. Tiada cabaran. Itu bermakna kita sudah selesa dan hidup dalam keadaan yang tenteram tanpa gangguan.  Namun Allah s.w.t. Tidak akan membiarkan hambanya duduk dan rileks sahaja. Pastinya Allah akan memberikan kita ujian-ujian supaya kita tidak terus berada di dalam zon selesa dan terima seadanya apa yang berlaku di sekeliling kita.  Begitulah serba sedikit tentang risiko yang ingin saya kongsikan bersama anda. Ada banyak lagi jika ingin dihuraikan tentang risiko yang perlu diambil untuk berjaya dalam kehidupan.  Berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.  P.s: Sekiranya anda mempunyai pendapat untuk dikongsikan, boleh kongs

Nikmat Kesihatan yang sering dilupakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nikmat sihat memang sering kita lupakan. Atau mungkin lebih teruk lagi, kita langsung tak teringat pun akan kepentingan kesihatan tubuh badan kita. Kita hanya memikirkan tentang mencari harta dunia dan juga keseronokan duniawi yang sering membawa kelekaan kepada diri kita sebenarnya. Jika anda mahu merasakan betapa bertuahnya badan anda yang sihat itu, salah satu cara adalah dengan pergi ke masjid. Berjemaah di sana. Di dalam masjid, akan ada mereka yang akan datang dengan berkerusi roda, dengan tongkat dan sebagainya. Jika kita makhluk yang mahu berfikir, kita akan dapat merasai betapa seksanya mereka ini ingin melakukan amal ibadah. Tidakkah kita terfikir? Alhamdulillah, sempat juga saya berjemaah di masjid. Dan kebetulan seorang tua yang memakai tongkat solat di sebelah saya. Betapa rasa bertuahnya mempunyai badan yang sihat dan dapat melakukan amal ibadah dengan senang. Syukur ke hadrat Allah. Orang tua tersebut dengan susah payah mahu d