Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Apa perkembangan terbaru?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk terus hidup pada hari ini. Hari ini adalah hari Jumaat, penghuku segala hari. Apa khabar anda semua? Semoga berada dalam keadaan sihat hendaknya. Maklum sahajalah, sekarang sedang musim hujan. Ada juga beberapa negeri pantai timur yang sudah mula banjir. Hari ini baru tergerak hati hendak update blog. Bukan hendak memberi alasan yang lapuk, tetapi inilah hakikatnya manusia. Ada masa naik dan turunnya. Namun, kalau kita tahu apa yang kita buat, insyaAllah akan ada jalan keluar untuk mengatasi setiap masalah. Semalam saya ada buat satu lagi blog baru. Tujuaanya adalah untuk beri Tip PERCUMA kepada setiap orang berkaitan dengan blog. Bagaimana untuk membina blog yang efektif dan disukai ramai. Saya akan menulis berdasarkan kepada pengalaman dan juga pembacaan. Saya akui, saya bukanlah hebat dalam menulis blog. Sekadar berkongsi sedikit apa yang saya tahu. Ini juga adalah sebagai sumbangan ke

Perkembangan terbaru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sudah agak lama blog ini tidak diupdate. Ini adalah kerana saya agak sibuk sejak kebelakangan ini dalam menguruskan perniagaan dan juga masalah-masalah yang timbul. Selain tu, saya juga telah kehabisan shake huhu. Buat masa sekarang, saya hanya maintain sahaja. Cuba mengawal makan dan juga minum sebanyak mungkin air. Namun masih di tahap terkawal. Kalau minum terlalu banyak, boleh menyebabkan kematian pula nanti hehe😉 Jadi, buat masa sekarang, saya mungkin akan menulis atau paste kan artikel yang berguna untuk kawan-kawan semua. Kita berhenti kejap cerita pasal shake ni. Lepas semuanya berjalan lancar, baru kita sambung semula ya. Ok,setakat ini untuk perkembangan terbaru. Jumpa lagi... - Posted using BlogPress from my iPhone

Selamat Datang. Perjuangan yang murni mesti diteruskan sekarang!

Ihsan dari http://toenas2011.files.wordpress.com Assalamualikum dan selamat sejahtera. Alhmdulillah.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t. Akhirnya saya memberanikan diri untuk melakukan satu lagi tindakan yang sudah lama saya fikirkan. Apakah tindakan itu? Iaitu membina blog sebagai diari harian saya dalam usaha untuk menurunkan berat badan. kalau sebut menguruskan nampak macam skema pula hehe. Ini merupakan post pertama saya kepada rakan-rakan yang mungkin mengalami masalah yang sama dengan saya. Tujuan utamanya adalah sebagai diari harian sahaja. Pada masa yang sama saya akan cuba bantu rakan-rakan semua dengan pelbagai tip-tip yang berguna untuk dilakukan sebagai perkongsian disamping diari yang mungkin akan membosankan anda. Sebenarnya saya tidak pasti, atau mungkin anggapan saya betul, berat badan berlebihan dan obesiti kurang dititik beratkan oleh golongan lelaki. Mungkin juga kerana ego kita yang menganggap bahawa badan yang besar tidak memberi apa-apa kesan keapada kesihatan.