Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2020

Hari ke 4, Fasa ke-2 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Hari ini sudah masuk hari ke 4 fasa ke 2 perintah kawalan pergerakan. Alhamdulillah, kami sekeluarga berada dalam keadaan terkawal dari segi mental dan fizikal. Cuma barang dapur agak berkurangan selepas hampir 10 hari saya tidak ke luar membeli barang. Saya yakin, kita semua sudah boleh bertenang menghadapi situasi ini. Kita sudah boleh biasakan diri dengan tinggal di rumah dan bekerja dari rumah. Ada yang sudah mula melakukan pelbagai jenis perniagaan yang boleh dilakukan diwaktu ini. Fasa ke 2 ini adalah penentu dan paling kritikal sekali untuk ditempuh oleh semua rakyat Malaysia. Mengikut kata-kata Ketua Pengarah Kesihatan, 2 minggu ini akan menentukan seberapa banyak di antara mereka yang terlibat dengan covid 19 ini akan dikesan. Mengikut perangkaan WHO, mereka menganggarkan lebih 6000 kes akan berlaku sepanjang 2 minggu ini. Statistik menunjukkan, angka kes adalah 3483 kes, 915 sembuh dan 57 kematian telah direkodkan. Adakah anggaran WHO tersebut akan menjadi kenyata