Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Dan Musibah Tahun 2020

Bismillah. Alhamdulillah. Apa khabar anda semua hari ini? Saya doakan anda berada dalam keadaan tenang dan sihat di samping keluarga tercinta ketika kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini adalah artikel pertama untuk tahun 2020 yang penuh dengan cubaan dan dugaan. Disebabkan PKP, banyak masa terluang dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk kemaskini blog yang agak lama kesepian. Ada banyak perkara yang berlaku sepanjang permulaan tahun ini. Dari segi politik dan ekonomi, ada perkara yang mempengaruhi kehidupan saya dan keluarga dan juga rakyat Malaysia amnya. Bermula dengan wabak Covid-19 yang datangnya daripada negara Cina. Kemudian masuk ke Malaysia dan sekarang ini telah berjangkit ke seluruh dunia. Penyakit ini telah diishtiharkan sebagai pendemik oleh WHO dan telah melumpuhkan ekonomi negara-negara besar dunia terutama Cina dan Amerika Syarikat. Di Malaysia, masih ada peningkatan kes setiap hari dan juga mereka yang telah sembuh juga