Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2019

Linux, Masih Jauh Ketinggalan Berbanding Windows?

Bismillah. Alhamdulillah. Hari ini saya mengambil sedikit masa untuk update blog faizalehsan. Sudah lama menyepi. Sibuk kerana melakukan kerja hakiki sebagai seorang usahawan dan juga masa untuk keluarga. Berbalik kepada tajuk asal di atas, saya ingin kupas sedikit tentang pengalaman menggunakan kedua-dua OS yang popular sekarang ini. Pada asalnya, memang saya sukakan sistem operasi yang baik dan boleh dikatakaan baru seperti linux. Saya cuba geledah sebanyak mungkin mengikut kesempatan masa yang ada. Kerap kali juga saya mencuba pelbagai distro linux yang ada di pasaran. Namun begitu, walaupun seronok menggunakan sistem operasi ini, ianya masih lagi tidak dapat membuatkan saya terus kekal dengan linux. Disebabkan beberapa kerja penting yang hanya disokong oleh sistem operasi windows, maka hasrat untuk terus kekal dengan linux agak terbantut. Sistem windows sudah beroperasi dan berakar umbi dengan setiap lapisan masyarakat di dunia. Tidak hairan kebanyakan daripada manusia