Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2019

4 pilihan OS yang patut dicuba oleh pengguna Windows

Ada banyak distro linux di pasaran. Sehinggakan ada yang pening kepala untuk memilihnya. Namun begitu, apa yang penting, ia adalah PERCUMA! Bagi pengguna baru dan pengunjung yang baru singgah di sini, adakah anda tahu, anda ada pilihan untuk "install" sistem operasi selain daripada windows yang ramai ketahui. Dan ianya PERCUMA! Apa yang penting adalah, keberanian untuk mencuba yang baru dan anda ingin mencari pilihan selain daripada sistem operasi sedia ada.  Saya ingin kongsikan 4 sistem operasi yang memudahkan anda membuat pilihan untuk mencuba Linux. Empat sistem opersi tersebut adalah seperti di bawah: 1. Manjaro  2. Ubuntu 3. Elemnetary OS 4. Linux Mint Kesemua di atas adalah sistem operasi yang sangat mesra pengguna. Di samping perisian yang sudah tersedia seperti office dan pdf. Ada banyak lagi softaware yang bagus dan apa yang penting anda tidak perlu pening kepala google untuk mencari software yang perlu ada pada komouter anda. Anda ingin

Selamat Tahun Baru 2019

Bismillah. Alhamdulillah. Selamat tahun baru 2019 saya ucapkan kepada semua. Bagaimana dengan matlamat anda pada tahun lepas? Sudah terlaksana? Atau masih tersangkut lagi? Jika berjaya, alhamdulillah, tahniah saya ucapkan. Jika masih belum berjaya, jangan berhenti. Teruskan usaha anda. Insyaallah suatu hari nanti pasti akan berjaya. Yang penting, ambil tindakkan. Jangan duduk beku di situ sahaja. Memang tidak akan kemana.  2019 adalah tahun mencabar kata banyak orang ekonomi. Jika dilihat dari apa yang mereka tulis dan cakapkan di berita.  Namun begitu, kita sebagai usahawan yang mencari rezeki termasuklah yang makan gaji, teruskan usaha dan berdoa agar kita sentiasa dilindungi Allah dari segala macam ujian yang tidak mampu kita tanggung. Alhamdulillah, saya kini sangat berminat nak ambil tahu tentang sistem linux. Di samping itu juga perniagaan akan terus dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi dari tahun sebelumnya. Ada banyak matlamat yang ingin di ca