Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

Berjinak-Jinak Dengan Sistem Operasi Linux

Bismillah. Sudah terlalu lama rasanya saya tidak update apa-apa di blog ini. Seperti biasa, kesuntukan masa dengan pelbagai aktiviti telah membuatkan blog kembali bersarang untuk kesekian kalinya. Menjadi suami kepada dua orang anak kecil memang tidak mudah. Banyak cabaran perlu dihadapi dan kesabaran yang tinggi amatlah dituntut. Dalam beberapa minggu ini, saya telah mula mencuba sesuatu yang baharu. Iaitu mengkaji dan memasang (install) system operasi Linux di computer saya. Pada mulanya, ianya hanyalah sekadar untuk mencuba sesuatu yang baru dan selain itu untuk mencabar diri menggunakan sesuatu yang lain dari yang lain. Sistem operasi ini dikatakan bebas virus( 95%) dan tidak mudah untuk dijangkiti oleh maleware. Perasaan teruja menggunakan sesuatu yang baru memang tidak dapat dinafikan. Sanggup saya menunggu dan mengkaji sehingga berjam-jam lamanya untuk menilai dan menggunakan sendiri pelbagai jenis flavor Linux yang ada di pasaran. Dan untuk pengetahuan anda, ian