Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

Bagaimana Mahu Hidup Kita Sentiasa Bersemangat?

Bismillah, Alhamdulillah. Kehidupan pada hari ini semakin hari semakin mencabar. Tidak kira yang duduk di bandar, dan juga duduk di kampung. Ada yang baik dan ada yang buruk. Namun, ujian Allah kepada setiap hambanya tidak sama. Ada yang diuji dengan wang ringgit. Ada yang diuji dengan hutang. Ada juga yang diuji dengan masalah dalam keluarga. Hakikatnya, Allah menghidupkan hambanya di atas dunia ini adalah untuk menguji siapakah diantara hambanya yang paling baik amalannya. Disebabkan ujian-ujian ini, sebagai seorang manusia, adakalanya kita akan patah semangat. Terbeban dengan masalah dan sebagainya boleh menyebabkan kita sering berputus asa untuk meneruskan kehidupan ini. Saya sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman mahu terus bangkit dari rasa gundah-gulana dan kecewa. Bukanlah bermakna saya tidak pernah kecewa dan bersemangat, tetapi sedikit perkongsian ini mungkin akan memberikan sedikit kelegaan kepada anda yang mungkin ketika ini sedang kecewa dan tidak bersemanga