Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2015

Bersabar Dalam Berusaha

Bersabar. Banyak orang tahu perkataan ini. Dan pasti ada juga yang tahu maksud perkataan sabar. Banyak perkara yang berlaku dalam hidup ini, memerlukan kesabaran yang tinggi. Hendak solat, kena bersabar, hendak berjaya, kena bersabar, nak kahwin juga perlukan kesabaran. Saya melihat dan merenung ke dalam diri. Apakah selama ini saya benar-benar sabar dalam menempuh setiap ujian yang diberikan oleh Allah s.w.t. Kebanyakan kita mampu untuk berkata sabar, namun sebenarnya hakikat sebenar hanya tuan yang empunya badan yang lebih tahu. Bersabar dalam berusaha Tidak mudah untuk menerima hakikat sebuah kegagalan. Namun pasangan kepada kegagalan adalah kejayaan. Adakah kita mahu mengasingkan pasangan kejayaan tersebut? Tidak mungkin. Jadi apa yang perlu kita tekankan di dalam setiap tindakan kita adalah, sentiasa bersabar dan senyum. Kerana lumrah dunia ini adalah ujian kepada setiap yang bergelar makhluk. Ada perkara yang saya lakukan menemui kegagalan. Kejayaan bukanlah sua

Kepentingan Mempunyai Pendapatan Pasif

Bismillah. Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana masih memberikan peluang kepada kita untuk hidup lagi pada hari ini. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog ini. Untuk pengetahuan anda berdasarkan artikel yang lepas, saya sudah berjaya memindahkan data ke hosting yang baru. Pada mulanya memakan masa yang agak lama. Saya fikirkan ianya adalah disebabkan masalah hosting, tetapi ia melibatkan masalah teknikal. Disebabkan masalah teknikal yang berlaku, maka proses untuk memindahkan file memakan sedikit masa. Projek pendapat pasif Baru-baru ini saya sedang mengkaji beberapa program buat duit iaitu program menjana pendapatan secara pasif. Program ini memang bagus untuk menambahkan pendapatan dan sekaligus mampu untuk membawa kita kepada bebas kewangan. Bebas kewangan adalah impian setiap orang. Bebas dari belenggu hutang dan kemiskinan. Insya Allah bermula sekarang, saya akan kongsikan program menjana pendapatan secara pasif di blog ini.