Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

Keberkatan dalam perniagaan

Dalam agama kita Islam, memang kita disarankan untuk bekerja mencari rezeki yang halal untuk diri dan juga keluarga. Selain itu juga, apa yang kita cari itu semestinya kena berkat. Kalau tidak berkat, bermacam perkara yang tidak elok boleh berlaku kepada diri dan keluarga. Saya yakin dan percaya ramai yang tahu semua ini. Baru-baru ini Majlis Fatwa telah mengumumkan bahawa urusniaga tukaran wang dalah HARAM . Perniagaan ini adalah perniagaan Forex yang mungkin ramai di antara anda yang menceburi bidang ini. Memang 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Saranan ini adalah benar dan betul selagi mana ianya menepati hukum syara' dan tidak melanggar undang-undang. Maka sebelum kita melakukan sebarang bentuk perniagaan, lakukan kajian dengan terpeinci setiap dari sudut untuk mengelakkan kita melanggar hukum Islam. Bagi mereka yang bukan beragama Islam, itu adalah terpulang kepada mereka. Apa yang ingin ditekankan disini adalah untuk umat Islam khasnya. Janganlah sampai apa y

Kembali Kepada Agama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sedar tidak sedar kita sudah masuk ke bulan Februari. Cukup pantas masa berlalu meninggalkan kita. Bagaimana dengan bulan Januari lepas bagi anda semua? Adakah tahun baru ini berjalan lancar dan kita telah mencapai pelbagai kejayaan? Pelbagai perkara berlaku sejak akhir-akjir ini. Cukup merunsingkan kita. Kes bunuhnya, kes rogolnya, masalah sosialnya, dan lain-lain. Generasi sekarang semakin hari semakin jauh dengan agama. Saya bukan ustaz, jauh sekali seorang alim. Cuma merasakan kasihan dan simpati dengan generasi sekarang yang semakin jauh dengan Islam. Semakin jauh dengan agama. Apakah punca semua ini. Saya sendiri takut untuk memikirkan apa yang bakal berlaku pada masa depan. Jika anda ingat kata-kata ini, "jika mahu melihat bagaimana masa depan negara, lihatlah kepada anak muda pada hari ini" Yer, memang hidup pada masa kini kebanyakannya mengejar dunia semata-mata. Mengejar wang ringgit yang entah berapa banyakn