Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

Kita sentiasa ada pilihan

Dalam menelusuri hidup ini, kita telah menempuh pelbagai perkara. Sejak dari kecil hinggalah dewasa. Kalau masa kecil dahulu, kita mungkin tidak terlalu tertekan dengan masalah yang rumit seperti belanja sekolah, pendapatan harian dan sebagainya. Kita hanya berada di dalam dunia kita. Seronok? Pasti seronok dengan apa yang kita lalui masa lalu. Mengimbau masa lalu memang seronok. Apatah lagi, bila kita berkesempatan menjadi seorang dewasa sekarang ini. Ada juga mereka yang tidak sempat. Sudah kembali mengadap tuhan yang maha esa. Maka bersyukurlah. Saya kini jarang menulis mengenai perniagaan. Mungkin kerana perniagaan sekarang berada dalam keadaan yang suram. Sedikit mengganggu rentak perjalanan hidup ini. Walau apapun, hidup mesti diteruskan dengan tabah. Buat selagi termampu. Berbalik kepada tajuk asal kita. Kita ada dua pilihan. Iaitu membuat pilihan yang baik dan buruk. Pilih yang mana satu. Hakikatnya, kedua-dua pilihan adalah benar belaka. Kerana baik atau buruk datangnya dari A

Kenapa Cari buruk pasangan?

Bersangka buruk kepada pasangan kita hanya akan membawa kepada pergaduhan. Dalam agama kita juga melarang kita dari bersangka buruk terhadap orang lain. Dalam perhubungan, pasti ada pasang dan surutnya. Bak kata pakar motivasi, umpama bateri. Mesti kena cas bila sudah lemah. Begitu juga dalam perhubungan. Ketika sedang hangat, kesemuanya nampak baik belaka. Bila sudah sejuk, perkara yang kecil juga boleh menimbulkan perbalahan sesama kita. Dan perkara yang paling mudah berlaku adalah kita mudah mencari buruk pasangan kita. Saya bukanlah seorang pakar dalam perhubungan. Sekadar menulis untuk berkongsi. Mungkin ada diantara anda semua yang mempunyai masalah yang sama. Sebenarnya semua orang mempunyai masalah, cuma cara mengatasinya yang membezakan sesama kita. Oleh itu, sebagai kesimpulan, mencari buruk pasangan kita tidak akan membuatkan perhubungan menjadi lebih baik. Kembalilah kepada jalan Agama. Berdoalah semoga hubungan yang dibina akan berkekalan walaupun dilanda badai sekalipun.

Nikmat Kesihatan yang sering dilupakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nikmat sihat memang sering kita lupakan. Atau mungkin lebih teruk lagi, kita langsung tak teringat pun akan kepentingan kesihatan tubuh badan kita. Kita hanya memikirkan tentang mencari harta dunia dan juga keseronokan duniawi yang sering membawa kelekaan kepada diri kita sebenarnya. Jika anda mahu merasakan betapa bertuahnya badan anda yang sihat itu, salah satu cara adalah dengan pergi ke masjid. Berjemaah di sana. Di dalam masjid, akan ada mereka yang akan datang dengan berkerusi roda, dengan tongkat dan sebagainya. Jika kita makhluk yang mahu berfikir, kita akan dapat merasai betapa seksanya mereka ini ingin melakukan amal ibadah. Tidakkah kita terfikir? Alhamdulillah, sempat juga saya berjemaah di masjid. Dan kebetulan seorang tua yang memakai tongkat solat di sebelah saya. Betapa rasa bertuahnya mempunyai badan yang sihat dan dapat melakukan amal ibadah dengan senang. Syukur ke hadrat Allah. Orang tua tersebut dengan susah payah mahu d

Manusia Istimewa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Allah s.w.t telah melahirkan kita dalam pelbagai keadaan dan keistimewaan. Ada yang dilahirkan sempurna dan ada juga yang dilahirkan tidak sempurna. Bagi mereka yang dilahirkan cukup sifatnya, kita kadang-kadang lupa kepada mereka yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup sifat. Malah mungkin kita juga turut mempunyai rasa benci terhadap mereka ini. Adakah pernyataan saya ini benar atau tidak, anda tanyalah diri sendiri. Namun begitu, sedarkah kita bahawa, mereka ini semua adalah ahli-ahli syurga? Tempat mereka ini kesemuanya telah dijamin oleh Allah ta'ala. Sedangkan kita yang cukup sifat ini belum tentu lagi dimasukkan ke dalam syurga idaman setiap manusia di muka bumi ini. Saya dapat merasakan keseronokan apabila bergaul dengan mereka yang istimewa tersebut. Ini kerana kakak saya sendiri adalah dari golongan "istimewa". Saya selalu menghantar kakak ke PDK berhampiran dengan rumah. Buat pengetahuan anda juga, PDK adalah dibawah Jab

Kembali...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semoga anda semua dalam keadaan sihat sejahtera. Sudah lama blog ini tidak ada berita baru. Pada asalnya hanya mahu diusahakan sebgai blog kesihatan dan dijadikan sebagai diari harian. Nampaknya perjalanannya tidak begitu. Kena berubah mengikut keadaan semasa. Bersempena dengan tahun baru ni(masih dalam tahun baru kan?) saya cuba update sekerap yang mungkin sementara masa masih banyak untuk berbuat demikian. Selepas ini saya tidak tahulah pula. Sebagai permulaan, cukup sekadar ini dahulu. Daripada tidak tulis apa-apa, sekurang-kurangnya adalah sedikit. Ye tak? Ok, berjumpa lagi pada artikel yang seterusnya. InsyaAllah.