Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Apa perkembangan terbaru?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk terus hidup pada hari ini. Hari ini adalah hari Jumaat, penghuku segala hari. Apa khabar anda semua? Semoga berada dalam keadaan sihat hendaknya. Maklum sahajalah, sekarang sedang musim hujan. Ada juga beberapa negeri pantai timur yang sudah mula banjir. Hari ini baru tergerak hati hendak update blog. Bukan hendak memberi alasan yang lapuk, tetapi inilah hakikatnya manusia. Ada masa naik dan turunnya. Namun, kalau kita tahu apa yang kita buat, insyaAllah akan ada jalan keluar untuk mengatasi setiap masalah. Semalam saya ada buat satu lagi blog baru. Tujuaanya adalah untuk beri Tip PERCUMA kepada setiap orang berkaitan dengan blog. Bagaimana untuk membina blog yang efektif dan disukai ramai. Saya akan menulis berdasarkan kepada pengalaman dan juga pembacaan. Saya akui, saya bukanlah hebat dalam menulis blog. Sekadar berkongsi sedikit apa yang saya tahu. Ini juga adalah sebagai sumbangan ke