Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

Selamat Datang. Perjuangan yang murni mesti diteruskan sekarang!

Ihsan dari http://toenas2011.files.wordpress.com Assalamualikum dan selamat sejahtera. Alhmdulillah.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t. Akhirnya saya memberanikan diri untuk melakukan satu lagi tindakan yang sudah lama saya fikirkan. Apakah tindakan itu? Iaitu membina blog sebagai diari harian saya dalam usaha untuk menurunkan berat badan. kalau sebut menguruskan nampak macam skema pula hehe. Ini merupakan post pertama saya kepada rakan-rakan yang mungkin mengalami masalah yang sama dengan saya. Tujuan utamanya adalah sebagai diari harian sahaja. Pada masa yang sama saya akan cuba bantu rakan-rakan semua dengan pelbagai tip-tip yang berguna untuk dilakukan sebagai perkongsian disamping diari yang mungkin akan membosankan anda. Sebenarnya saya tidak pasti, atau mungkin anggapan saya betul, berat badan berlebihan dan obesiti kurang dititik beratkan oleh golongan lelaki. Mungkin juga kerana ego kita yang menganggap bahawa badan yang besar tidak memberi apa-apa kesan keapada kesihatan.