Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Tentang Zon Selesa

Ada banyak perkara yang bermain difikiran saya sejak akhir-akhir ini. Ada banyak juga perkara yang ingin ditulis di dalam blog ini. Tetapi akhrinya tidak jadi mahu menulis kerana terlalu banyak berfikir dan tidak bertindak. Kelemahan kita sebagai manusia adalah kerana kita selalu hilang fokus dan selesa nerada di zon yang selesa. Jika kita sudah mencapai sesuatu, kita jadi rileks dan tidak mahu mencabar diri untuk menjadi lebih baik lagi. Saya akui perkara ini tidak mudah untuk diubah. Namun, itu bukanlah alasan untuk kita terus kekal dengan keselesaan. Kerana kebanyakan mereka yang berjaya, tidak akan mudah selesa dengan apa yang ada. Terus perbaiki diri dari semasa ke semasa. Saya berusaha untuk menjadi lebih baik. Kita perlu menjadi lebih baik. Faizal Ehsan faizalehsan.blogspot.com