Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

Selamat Tahun Baru 2016!

Alhamdulillah.. Tahun baru 2016 hampir masuk ke bulan Februari. Diam tidak diam, begitu pantas masa berlalu.  Banyak perkara yang berlaku sejak kebelakangan ini. Saya juga menghadapi situasi yang serupa. Setiap perubahan berlaku dirasakan cukup pantas.  Bagaimana anda menyambut tahun baharu kali ini? Saya yakin ramai diantara kita yang semakin tertekan dengan keadaan ekonomi sekarang ini. Banyak pihak tidak bertanggungjawab dan juga isu ekonomi dunia turut mempengaruhi.  Walaubagaimanapun, kita sebagai seorang Islam tidak boleh berputus asa. Kerana kita masih ada Allah s.w.t. Dan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.  Tahun yang menguji keimanan dan kebergantungan kita kepada sang pencipta. Teruskan usaha. Saya doakan anda dan saya berjaya di dunia dan di akhirat.  Jumpa lagi. Ini adalah sedikit catatan ringkas saya kerana sudah lama tidak menulis.