Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

Apa Yang Menarik Tentang Tipperniagaan Dot Com?

Alhamdulillah, kita sudah hampir sampai ke penghujung tahun 2015. Banyak perkara yang telah berlaku dalam tempoh ini kepada saya secara peibadi dan juga syarikat. Tahun ini merupakan tahun yang sangat mencabar bagi perniagaan samada besar ataupun kecil baru atau lama. Keadaan ekonomi yang tidak stabil turut member kesan kepada perniagaan. Namun begitu, sebagai seorang usahawan yang hebat, kita tidak boleh berputus asa. Kita perlu mencari jalan penyelesaian kepada setipa masalah yang timbul. Saya telah memulakan satu lagi start up terbaru iaitu tipperniagaan.com. Website ini memfokuskan kepada tip-tip perniagaan dari pelbagai sudut mengikut kategori yang telah kami rancang. Antara kategori menarik yang boleh menjadi panduan buat anda adalah kategori start-up, media sosial dan sebagainya. Untuk mencari website ataupun blog yang memfokuskan kepada tip dan strategi perniagaan dalam Bahasa Melayu bukanlah mudah. Dengan itu kami mengambil inisiatif membina platform ini untuk